jump to navigation

Penulis cilik (hmetro 19 hb Jan 09) January 19, 2009

Posted by hayati husni in Articles, Uncategorized.
add a comment

adora3HARI masih pagi ketika Adora Svitak meninggalkan rumah bersama ibunya untuk ke sekolah.

Pagi itu, Adora bersemangat kerana akan menghadiri kelas puisi – subjek yang sangat digemarinya.

Namun, budak perempuan berusia 11 tahun itu sebenarnya bukanlah pelajar, sebaliknya seorang guru.

Dianggap sebagai pakar kesusasteraan cilik, bakat dimiliki Adora dianggap sangat hebat.

Dia mula mengajar kesusasteraan ketika baru berusia tujuh tahun dan pada masa sama, karya sulungnya, Flying Fingers, diterbitkan di seluruh dunia.

Buku itu mengandungi koleksi cerita pendek bersama rahsia menulis yang baik untuk sesiapa yang ingin mempelajari kaedah digunakannya.

Buku kedua Adora, Dancing Fingers adalah koleksi puisi bersama dengan kakaknya dan diterbitkan tahun lalu.

Ketika ini, Adora sibuk menyiapkan empat lagi karya baru.

Menurut Adora, genre kegemarannya adalah cerita fiksyen sejarah dan fantasi.

Justeru, minatnya terhadap tulisan J K Rowling (penulis cerita Harry Potter) dan Charles Dickens dapat difahami.

Cuma, kata Adora, kadang-kadang ayat digunakan kedua-dua penulis itu agak berbelit.

Proses penghasilan karya Adora juga menarik. Dia mampu menaip di antara 80 hingga 112 perkataan seminit, membaca dua hingga tiga buku sehari dan menulis kira-kira 330,000 perkataan setahun.

Baginya, dia melihat dirinya sebagai seorang ‘pendidik, penyair dan pencinta kemanusiaan’, tetapi bagi orang lain, Adora seorang budak berfikiran dewasa.

Dia tidak pernah menduduki ujian IQ kerana baginya, ia tidak perlu.

“Ia bukan satu-satunya cara terbaik untuk mengetahui kecerdasan seseorang dalam kesusasteraan,” katanya.

Adora mula boleh membaca ketika baru berusia tiga tahun. Ketika itu, katanya, dia menyangka semua budak seusianya mempunyai minat sama – membaca.

Sebaliknya, kata Adora, tidak semua orang gemar menghabiskan masa dengan membaca.

Justeru, kata ibunya, Jouce, Adora berusaha memanfaatkan kemampuannya untuk menanamkan kecintaan tabiat membaca di kalangan orang lain.

Sehingga kini, Adora menjadi pengajar tamu di lebih 300 kelas di seluruh dunia, termasuk China, Hong Kong, Vietnam dan United Kingdom.

Digelar Dora the Explorer, selalunya syarahan Adora dimulakan dengan menceritakan pengalaman bagaimana dia mula membaca dan menulis kepada kanak-kanak lain.

Di rumah mereka di Redmond, Washington, ruang bawah kediaman itu diubah suai menjadi studio televisyen untuk membolehkan Adora mengadakan sidang video harian.

Melalui kaedah itu, dia memberikan syarahan mengenai penulisan kepada sesiapa saja yang berminat, termasuk orang dewasa dan guru dengan kadar bayaran AS$300 bagi setiap sesi selama 50 minit.

Disebabkan bakatnya besar, Adora turut menjadi perhatian dunia korporat.

Untuk muncul dalam sesuatu syarahan kepada pendidik dan ahli perniagaan, Adora boleh memperoleh bayaran sehingga AS$10,000 bagi menjelaskan bagaimana teknologi memberi kesan kepada proses kreativiti seseorang.

Baru-baru ini, dia diupah Microsoft untuk menjelaskan kaedah penggunaan komputer dalam pendidikan.

Melihat bagaimana Adora berkongsi pengalamannya, amat sukar untuk sesiapa pun untuk tidak mengagumi kemampuan budak perempuan itu.

“Ketika kecil, saya mengharapkan galakan,” katanya pada satu ketika.

Adakah Adora terlupa bahawa dia masih budak?

Tidak.

Kata Adora, apabila dia merujuk kepada zaman kanak-kanaknya, ia adalah tempoh dia baru berusia di antara dua hingga sembilan tahun.

“Walaupun berasa semakin dewasa, saya sedar saya masih budak,” katanya.

Baru-baru ini, Adora mengambil ujian untuk mengetahui usia seseorang secara online.

Hasil ujian itu, katanya, dia dianggap berusia 50 atau 60 tahun.

“Kadang-kadang keluarga saya bergurau dengan mendakwa saya orang tua yang kebetulan berusia 11 tahun,” katanya.

Mungkin gurauan keluarga Adora ada benarnya, tetapi pada masa sama, mereka turut menyumbang kepada kebolehan luar biasa budak itu.

Bapa Adora, John, memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang fizik, selain jurutera perisian komputer.

Anak sulungnya, Adrianna, 13, pemuzik pintar semula jadi.

Joyce dibesarkan di China ketika negara itu mengalami Revolusi Kebudayaan.

Disebabkan kerajaan ketika itu menghalang seseorang memiliki buku, ibu bapa Joyce memberi pendidikan tidak formal di rumah mereka.

Kata Joyce, dia banyak dipengaruhi pembelajaran zaman kecilnya.

“Saya bercerita kepada anak-anak bagaimana sukarnya kami ketika itu kerana tidak memiliki makanan atau buku mencukupi,” katanya.

Bagaimanapun, Joyce tidak menganggap dia bertanggungjawab membentuk Adora menjadi budak luar biasa.

“Kejayaan Adora kerana kesungguhan dan dedikasinya,” katanya.

Di tanya sama ada mereka adalah pasangan ibu bapa yang tegas mendidik anak-anak, Joyce berkata, keadaan sebenar adalah sebaliknya.

“Kami tidak mendesak Adora, sebaliknya dia sendiri memberikan apa yang terbaik untuk dirinya.

“Jika ada program keesokan hari, dia berjaga sehingga tengah malam untuk membuat persediaan dan sayalah yang mendesaknya berehat,” katanya.

Bagi Adora pula, dia tidak menganggap rutin hariannya sebagai beban.

“Ia sangat menyeronokkan,” katanya.

Selain membuat persediaan untuk mengajar, Adora gemar menonton berita di ketiga-tiga saluran televisyen, iaitu ABC, NBC dan CBS.

Ketika ada kelapangan, Adora menghabiskan masa beriadah, seperti bermain kasut roda, ski, memasak atau makan keju.

“Saya juga bermain sorok-sorok,” katanya.

Sebagai budak, adakah Adora mengalami sebarang kebimbangan?

“Ya, ekonomi dunia adalah satu daripada isu membimbangkan saya,” katanya.

Selain itu, katanya, masalah pemanasan global, kolera di Zimbabwe dan kebuluran dunia turut mencetuskan kekhuatiran.

“Namun, selalunya saya mengelak melayan kebimbangan itu kerana masa sepatutnya digunakan dengan aktiviti lebih berfaedah,” katanya. – Agensi

Pembantu Baru August 11, 2008

Posted by hayati husni in Ponder, dayly hello.
Tags: , , , , , , , ,
add a comment

Assalamualaikum. sudah lama ku tidak menulis disini. hari ini aku ingin berkongsi sedikit pengalamanku dengan pembantu baru.

Walaupun hari masih pagi tapi hari itu aku merasakan sungguh penat bukan saja dari segi fizikal tetapi juga mental. Aku rasa mahu je terus tidur dan abaikan kewajipan ku tetapi tak dapat. Tanggungjawab yang harus aku pikul bukan hanya melibatkan diri aku tetapi juga melibatkan ramai orang dan pihak. aku buntu dan bingung, aku tak ada pilihan ,melainkan menjalankan tugas ku seperti biasa walaupun aku tak terdaya. lalu aku teringatkan ZIKRULLAH yang suami aku telah ajarkan padaku INSYA ALLAH ianya mampu memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal.

SUBHANALLAH        – 33X

ALHAMDULILLAH    – 33X

ALLAHUAKBAR        – 33X

Zikrullah ini telah diajar Rasulullah s.a.w. kepada saidatina Fathimah tatkala Fathimah meminta kepada Rasulullah seorang pembantu, maka Rasulullah mnengajarak zikrullah ini yang kerananya Allah memberi kita kekuatan seperti mempunya pembantu.

selain itu suami ku menyuruh juga aku membaca

LAAILAHAILLALLAH                                 -  33X

LAHAULAWALAQUWWATAILLAH BILLAH  – 33X

ASTAGHFIRLLAH                                      – 33X

SELAWAT KE ATAS RASULULLAH              – 33

Dalam perjalanan aku ke tempat kerja aku membaca zikrullah tersebut dan berdoa agar Allah memberi aku kekuatan dan menyelesaikan masalah aku. aku hanya ingin menjalankan tugas aku dengan baik dan tidak menjejaskan orang lain dengan masalah ku yang maha berat pada aku ketika itu. dan Subahanallah ketika aku sampai ke pejabat aku mampu tersenyum pada setiap orang dan menjalankan tuas aku lebih baik dari biasa. Alhamdulillah.

Semalam aku cuba lagi membaca ZIKRULLAH tersebut dalam perjalanan aku ke tempat kerja. aku tidak merancang apa-apa hari ini tetapi banyak bil-bil yang perlu aku jelaskan. Kawan sepejabatku mengajakku keluar makan dan kemudian mengajakku menemaninya ke bank. ALhamdulillah kerana ajakannya itu aku berjaya selesaikan semua bil-bil yang perlu aku bayar. Alhamdulillah. bukan itu sahaja pada petangnya walaupun aku penat tapi Allah memberi aku semangat dan kekuatan untuk menyelesaikan tugas-tugas rumahku dengan baik. Alhamdulillah.

Miracles of Quran July 13, 2008

Posted by hayati husni in alquran.
Tags: , ,
1 comment so far

Here is a short article on the miracles of Quran. Please read
and be sure to forward it to all your family and friends. Remember,
everyone can get a free downloadable copy of Quran for free at
www.HilalPlaza.com. 

Numerous books and literature have been published that
point to the various scientific miracles of Quran. This
article highlights some of those amazing facts.

=> Both the words Al-Hayat (Life) and Al-Maout (death)
are mentioned 145 times each in the Quran

=> Both the words Al-Rajl (Man) and Al-Mara’a (Woman)
are mentioned 24 times each in the Quran

=> The word Al-Yom (Day in English) is mentioned 365 times

=> The word Al-Shahr (Month in English) is mentioned 12 times

=> The word Al-Yahom (Day in English) is mentioned 365 times

=> Both the word Iblees (Devil) and the verses seeking
refuge from the devil are mentioned 11 times each

=> Both the words referring to "hardship" and the one referring
to "patience" are mentioned 114 times each in the Quran.

=> A person came to the prophet Muhammad (saws) and asked him whether
Allah (God) will indeed put humans back together in the hereafter
after they die in this life. Allah replied in the Quran "Does a man
think that We shall not assemble his bones? Yes, We are able to put
together in perfect order the tips of his fingers." (Quran, 75:
3,4). Now we know that fingerprints are unique for each individual
and the verse in the Quran refers not only that Allah will put them
together but the process will be accurate to the level of putting
the fingerprints together.

=> Einstein was among the first who explored at length the concept of
relativity of time. The Quran states: "…A day with your Lord is
equivalent to a thousand years in the way you count. (The Qur’an,
22:47)". Also "The angels and the Spirit ascend to Him in a day
whose length is fifty thousand years." (The Qur’an, 70:4)"

=> The process of formation of rain through winds over water is a
phenomenon only scientifically discovered. However Quran mentioned
it hundreds of years ago in the verse: "It is God Who sends the
winds which stir up clouds which He spreads about the sky however
He wills. He forms them into dark clumps and you see the rain come
pouring out from the middle of them. When He makes it fall on those
of His slaves He wills, they rejoice (The Qur’an, 30:48)"

*** Download Quran for Free at www.HilalPlaza.com ***

Best Regards,

HilalPlaza.com
Free Islamic E-Books
=====> Download Quran for Free at www.HilalPlaza.com +++

Kisah 1001 Malam – pengenalan July 10, 2008

Posted by hayati husni in Books.
add a comment

Teringat aku pada buku yang pernah aku baca dahulu ketika melawat bapa saudaraku. buku itu bertajuk ‘Hikayat 1001 malam’ Buku itu memang menarik sehinggakan pada waktu itu aku hanya menghadapnya siang malam. terkenangkan semuala buku itu aku menjejaki kisah ini di internet.

(baca kisahnya lebih lanjut http://xahlee.org/p/arabian_nights/index.html )

Sejarah

Pada abad ke-8, masa pemerintahan khalifah Abbasiyah Harun al-Rashid, Baghdad merupakan salah satu kota perdagangan yang sangat penting. Pedagang dari China, India, Afrika, dan Eropa singgah dapat ditemukan disana. Ketika inilah cerita-cerita tradisional dari berbagai bangsa dikumpulkan jadi satu dan dinamakan Hazar Afsanah. Pada abad ke-9, seorang pendongeng dari Arab bernama Abu abd-Allah Muhammed el-Gahshigar menerjemahkan kumpulan cerita ini ke dalam bahasa Arab. Kerangka cerita mengenai Scheherazade dan Shahryar baru ditambahkan pada abad ke-14. Bentuk modern pertama dari cerita Seribu Satu Malam, namun masih dalam bahasa Arab, diterbitkan di Kairo pada tahun 1835.

Seribu Satu Malam merupakan sastra epik dari Timur Tengah yang lahir pada Abad Pertengahan. Kumpulan cerita ini mengisahkan tentang seorang ratu Sassanid, Scheherazade yang menceritakan serantai kisah-kisah yang menarik pada sang suami, Raja Shahryar, untuk menunda hukuman mati atas dirinya. Kisah-kisah ini diceritakannya dalam waktu seribu satu malam dan setiap malam Scheherezade mengakhiri kisahnya dengan akhir yang menegangkan sehingga sang raja pun selalu menangguhkan perintah hukuman mati pada diri Scheherazade.

Buku Seribu Satu Malam terdiri dari kumpulan-kumpulan kisah dengan tokoh yang berbeda dan alur cerita yang menarik. Di dalamnya termasuk legenda, fabel, roman, dan dongeng dengan latar yang berbeda seperti Baghdad, Basrah, Kairo, dan Damaskus juga ke China, Yunani, India, Afrika Utara dan Turki.

Kisah-kisah dalam Seribu Satu Malam, seperti Scheherezade dan Shahryar, dan Sinbad si Pelaut, menekankan tiga hal pada pembaca yaitu :

  1. Suatu masalah akan selalu ada penyelesaiannya
  2. Keteguhan akan membuat suatu masalah mencapai penyelesaiannya
  3. Kekuatan batin dapat membantu untuk mempertahankan keteguhan.

(dipetik dari http://id.wikipedia.org/wiki/Kisah_1001_malam)

(baca kisahnya lebih lanjut http://xahlee.org/p/arabian_nights/index.html )

Kisah ini bermula dari seorang raja yang mempunyai permaisuri yang sangat cantik. Entah kenapa, permaisuri ternyata berhubungan dengan seorang prajurit. Ketika mengetahui hal ini, raja sangat murka lalu ia menghukum mati permaisuri dan prajuritnya.
Semenjak itu, raja sangat berdendam pada setiap wanita. walau pun begitu, ia ingin terus menikah. Kejamnya raja, selepas sehari menikah, ia akan menghukum mati permaisuri barunya itu.
Tiada siapa yang berani menegur perilaku raja ini. Meski para menteri dan penasihat istana tidak
setuju, mereka takut untuk menegur.  Begitu juga dengan rakyatnya. Mereka hanya pasrah dengan kekejaman raja. Apalagi bagi mereka yang mempunyai anak perempuan. Setiap hari mereka
khuatir anak dara mereka akan dilamar raja. Mereka hanya merasakan kebahagiaan sejenak sahaja. Iaitu ketika pesta pernikahan, tetapi selepas itu mereka harus menyiapkan kain kafan. Putri mereka
pasti akan dihukum mati. Beratus-ratus perempuan telah menjadi korban. Tetapi dendam raja
belum juga padam. Ia terus saja mencari perempuan-perempuan cantik, menikahinya dan membunuhnya. Suatu hari, sang raja bertemu dengan seorang perempuan cantik anak kepada penasiatnya.  Raja terus melamar putri cantik tersebut. Penasihat bingung menghadapinya. Ia tahu nasib yang menanti putri kesayangannya. Setelah pernikahan, ia akan kehilangan putrinya. Untuk selamanya. Tetapi untuk menolak permintaan raja pun berat. Dan akibatnya sama saja. Kematian
dirinya sendiri dan putrinya juga. Di tengah kebingungan tersebut, putri menghadap ayahnya. “Ayah, terima saja lamaran raja “aku pasti tak apa-apa,  Aku yakin mampu merubah tabiat raja.” Begitu kata putrinya. Dengan berat hati, akhirnya penasihat kerajaan menerima lamaran raja. Pesta pernikahan pun digelar. Kali ini lebih megah dan meriah dibanding sebelumnya. Karena yang menikah adalah seorang raja dan seorang putri penasihat kerajaan. Akhirnya pesta pun selesai. Malam pengantin pun menjelang. Pasangan berbahagia itu pun melewatkan malam pertamanya dengan penuh kebahagiaan.
Pada saat, raja beranjak ke peraduan, permaisurinya bertanya: “Wahai kekasihku, izinkanlah aku menceritakan sebuah kisah yang menakjubkan. ” Mendengar permintaan permaisurinya sang raja tersenyum senang. Ia memang sangat senang mendengar kisah-kisah hebat. “Silahkan permaisuriku sayang.” Katanya. Sang permaisuri pun memulai ceritanya. Begitu serunya kisah yang ia
ceritakan, sampai sang raja tidak rasa mengantuk sejenak pun. Tetapi ketika kisah itu sedang ada di puncak ketegangannya, sang permaisuri menghentikan ceritanya. Ia berjanji akan melanjutkan ceritanya besok malam. Sang raja pun setuju. Mereka pun tertidur sejenak. Sepanjang hari sang raja terus penasaran. Ia ingin cepat-cepat malam. Ketika malam tiba, sang raja sudah siap di kamarnya. Ia benar-benarpenasaran akan lanjutan kisah dari permaisurinya.Sang permaisuri pun melanjutkan ceritanya. Ketika satu kisah sudah berakhir ia lanjutkan dengan kisah berikutnya yang lebih seru lagi. Tapi seperti biasa, ketika satu kisah sedang seru-serunya, ia hentikan ceritanya. Ia pun berjanji akan melanjutkan kisah itu besok malamnya.Begitu terus setiap malam. Tidak terasa, pasangan itu tetap bersama selama dua tahun. Kisah yang diceritakan sang permaisuri pun telah berjumlah 1000. Akhirnya pada akhir kisah yang ke-1001, sang permaisuri mengingatkan sesuatu pada sang raja. Ia ingatkan tentang perilaku sang raja yang tidak baik. Sang raja pun menyesal akan perilakunya. Ia meminta maaf pada seluruh rakyatnya. Rakyat kerajaan itu, terutama penasihat kerajaan, sangat senang. Raja mereka kembali adil dan bijak. Kerajaan itu pun makmur dan sejahtera. Itulah awal mula kisah 1001 malam. Menurut saya, inilah kisah puncak tentang peluang. Putri penasihat kerajaan telah mengambil resiko sangat besar. Kehilangan hidupnya. Demi peluang memperbaiki perilaku raja dan
kebaikan seluruh rakyat, sang putri menempuh bahaya. Akhirnya ia berhasil. Entah bagaimana nasib kerajaan itu bila tidak ada putri pemberani ini. Mungkin kerajaan itu akan hancur. Mungkin rakyat akan memberontak pada raja lalim tersebut. Untunglah sang putri sangat cerdas melihat solusimasalah tersebut. Selain cerdas, ia juga berani. Bagi saya, sang putri mengajarkan dua hal itu. Keberanian dan kecerdasan. Kedua hal ini mesti seiring sejalan. Keduanya saling membutuhkan. Yang
satu tidak bisa terlepas dari yang lain. Jika anda berani saja, tapi tidak cerdas, anda bisa kejebur ke jurang kegagalan berkali-kali, tanpa belajar apapun darinya. Dan bila anda cerdas tapi tidak berani, anda hanya akan jadi pengamat dan pengkritik, tanpa beraksi apa-apa. Jadi, dalam menciptakan, melihat, memanfaatkan, dan membagi peluang, anda harus punya dua hal. Keberanian dan kecerdasan.

(baca kisahnya lebih lanjut http://xahlee.org/p/arabian_nights/index.html )

(lain-lain cerita dongeng klasik http://xahlee.org/Periodic_dosage_dir/t2/mirrored.html )

Rahsia solat awal waktu June 29, 2008

Posted by hayati husni in Healthy, hidayah, solat.
5 comments

 

 Assalamualaikum… sekarang ni saya sorang-sorang kat ofis, yang lain entah ke mana. Tak tahu pa nak buat baca berita, main game, surf internet-nak cari buku rahsia solat. pastu jumpa artikel ni dari blog en. kamal, ingat nak kongsi dengan rakan semua (harap en. kamal tak kisah saya pinjam artikel dia kat sini ^_~). bagus artikel ni kerana ia memotivasikan diri untuk solat pada awal waktu. rupa-rupanya ada rahsia yang tersembunyi.
Dah lama sebenarnya nak tulis pasal topik ni dan apabila terbaca laporan berita dalam Utusan hari ini bertajuk “PM mahu kajian kesan solat diteruskan” aku berasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang aku dapat daripada Color Vibration Therapy. Antara kandungan laporan itu ialah:-

 

Quote:

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memuji projek kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. 

Perdana Menteri berkata, keputusan awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam ibadat sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

 

Aku cuba cari laporan tersebut dekat Internet, kalau-kalau ada maklumat lebih terperinci pasal kajian tersebut tapi tak dapat. Walaubagaimana pun, CVT sebenarnya telah lama menemui perkaitan antara waktu solat dengan peralihan tenaga alam. Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya … :?

KELEBIHAN MANDI April 2, 2008

Posted by hayati husni in Healthy.
1 comment so far

Mandi KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin.

Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala : Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit. Insomnia : Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:- Tolong forwardkan e-mail ini…….kalau ramai orangg dapat baca artikel ni….lagi bagus kan ? Tidak ada apa yang dapat tolong kita diakhirat nanti melainkan 3 perkara

1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya

2) sedekah amal jariah

3) ilmu yg bermanfaat Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dengan amal mulia kita ini, InsyaAllah

Anak Melayu pertama melukis di dasar laut February 14, 2008

Posted by hayati husni in general.
1 comment so far

Oleh Mohd Azis Ngah


AJIS ketika melukis di dasar laut.

Ajis Mohamad hasilkan karya mengenai keindahan alam

CITA-CITANYA menjadi seorang ahli geologi, tetapi sebaik saja menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Zainurin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ajis Mohamad mula menukar minat menjadi seorang pelukis.

Kekecewaan apabila permohonan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditolak bahkan disindir supaya pulang ke kampung menanam kacang menguatkan lagi semangatnya yang sentiasa berfikiran positif dengan menjadikan sindiran itu sebagai cabaran.
Berbekalkan keputusan STPM 3 prinsipal (1A, 1B, 1C), beliau sememangnya tidak ada masalah untuk melanjutkan pelajaran di maktab perguruan, tetapi disebabkan minatnya terlalu mendalam dalam seni lukis, Ajis mula mengembara seluruh negara mencari ilmu dan pengalaman.

Selama 15 tahun beliau melukis dengan memfokuskan kepada lukisan potret, ia sudah cukup melayakkannya memperoleh ‘ijazah universiti kaki lima’, yang dipenuhi keperitan hidup sebagai anak seni yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Namun, beliau berjaya keluar daripada kepompong kesusahan atas usaha menimba ilmu dan sentiasa belajar dengan menjadikan sikap suka membaca sebagai satu tabiat.

LUKISAN Ajis mengekalkan elemen keindahan alam.

Sinar kejayaan hidupnya bermula apabila namanya dicatatkan dalam sejarah negara pada Jun 2000 selepas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya melukis gambar kehidupan sebenar di dasar laut di Pulau Tenggol, Terengganu.

Lukisan pertama yang dihasilkan di dasar laut ialah pada kanvas sebesar 81.3 sentimeter x 61 sentimeter dengan biru air laut sebagai latar belakang. Kini tumpuan adalah kepada lukisan mengenai apa saja kehidupan laut dalam usaha memupuk kesedaran mengekalkan khazanah alam.

Minat anak seni kelahiran Kajang, Selangor tetapi membesar di Felda Chempelak Barat, Labis, Johor ini bermula apabila timbulnya konflik dalam diri mengenai apa yang dibaca dalam bahan sastera dengan realiti sebenar.

“Secara metafora, laut sering digambarkan sebagai ganas manakala ombak kejam. Wujud konflik di situ, adakah ia benar kerana bagi saya ia cuma digambarkan secara permukaan saja. Itu yang menimbulkan minat saya untuk mengkaji apa sebenarnya di dasar laut dan berkongsi pengalaman itu melalui lukisan.

“Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya jalankan kajian sendiri selama setahun bagaimana mahu merealisasikan impian melukis di dasar laut,” katanya yang berminat dalam lukisan marin dan hidupan laut.

Selepas memperoleh lesen menyelam pada 1997, beliau mengambil masa tiga tahun untuk mencari pembaharuan dalam diri serta hasil seninya.

Katanya, air laut diakui mempunyai kadar masin yang tinggi dianggarkan pada tahap PH8 dan ini menimbulkan kesukaran melukis kerana kanvas akan menyerap garam menyebabkan bahan warna tidak melekat.

“Selepas setahun mengkaji bagaimana nak lekatkan warna pada kanvas dalam air, saya dapat satu resolusi iaitu laut mempunyai kadar apungan air yang sangat tinggi sebab terlalu masin.

“Sebaliknya air tawar mempunyai kadar tahap bacaan pada PH7.0 ke bawah dan lebih neutral dan warna boleh dilekatkan pada kanvas. Saya fikirkan bagaimana nak buat, jika nak neutralkan air laut, ia sesuatu yang mustahil, jadi kenapa saya tidak neutralkan saja kanvas.

“Saya rendam kanvas di dalam air tawar yang mempunyai PH7 atau PH6.5 ke bawah dan masukkan ke dalam air laut. Disebabkan sifat apungan air laut tinggi, jadi air laut tidak akan masuk ke dalam kanvas, jadi saya boleh melukis tanpa masalah,” katanya.

Beliau mengakui teori apungan air laut yang dihasilkannya banyak membantu kejayaan kerjayanya apabila hasilnya mula dikenali ramai termasuk pada peringkat antarabangsa.

Dari aspek jenis bahan warna yang digunakan, Ajis menjelaskan sebagai seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar, beliau terpaksa memikirkan penggunaan bahan yang tidak menjejaskan kehidupan laut.

“Saya gunakan ‘oil bar’ dalam bentuk keras seperti krayon yang digunakan kanak-kanak dan ia tidak akan pecah. Jika gunakan warna cair seperti biasa, ia akan menghasilkan serbuk halus dan akan dimakan ikan kecil. Ia mengandungi toksik dan boleh membunuh hidupan kecil.

“Apabila saya sudah selesaikan masalah itu, saya mula berminat mengkaji batu karang. Asalnya memang saya lukis saja apa yang saya nampak, tetapi sekarang saya fokus dan kaji apa yang sebenarnya saya nampak.

‘Secara spiritual, saya pernah terjun ke dalam laut pada waktu malam, keadaannya gelap gelita dan kita sendiri tak tahu mana kedudukan dan hala tuju. Pada waktu siang dan bercahaya, kawasan itu sangat cantik. Ia mengingatkan saya mengenai kehidupan, jika ada panduan dan hala tuju, ia akan berjaya,” katanya.

Dalam menghasilkan lukisan, Ajis akan memasukkan semua elemen dilihat dan baginya ia bukan setakat mempunyai nilai artistik semata-mata, tetapi berfungsi sebagai alat menyedarkan masyarakat berkongsi mengenai apa pandangannya iaitu mengekalkan dan menjaga keindahan alam.

PROFIL: Zainurin Mohamad (Ajis Mohamad)

  • Dilahirkan di Kajang, Selangor pada 25 Mei 1964
  • Berkahwin dengan Jasinah Jamdari (Jas) dan dikurniakan dua anak, Mohd Allif, 17, dan Nurul Shahera, 13.
  • Anak kedua daripada 10 adik beradik
  • Kelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Menerima anugerah Duta Belia Negara 2004, anugerah pameran lukisan dasar laut sempena Festival Seni Air Terbesar Malaysia, Balai Seni Lukis Negara yang dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada April 2002, anugerah lukisan terpanjang di dasar laut berukuran 36 meter yang dicatatkan dalam MBOR, April 2004 dan menjadi pelukis pertama negara melukis di dasar laut di Pulau Tenggol, Terengganu yang dicatatkan dalam MBOR pada 2000.
  • Alamat galeri No 5, Galeri Dahlia, Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

RAMADHAN, MENYEMAI SEMANGAT PERJUANGAN September 22, 2007

Posted by hayati husni in ramadhan.
add a comment

SEPERKARA yang jarang disentuh mengenai puasa Ramadan ialah kegigihan perjuangan umat Islam pada zaman Rasulullah saw yang sentiasa gigih menegakkan panji-panji Islam di muka bumi ini. Pejuang Islam zaman itu tidak pernah memanjakan diri walaupun terpaksa berlapar dan dahaga sepanjang Ramadan.

Satu contoh terbaik mengenai hal ini ialah kekentalan semangat pejuang Islam menentang musuh dalam Perang Badar yang berlaku pada Ramadan. Menurut riwayat, dalam peperangan itu, tentera Islam yang seramai 314 orang terpaksa menghadapi musuh Islam ialah musyrikin Quraisy yang ramai bilangannya iaitu kira-kira 1000 orang.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan ialah tentera Islam yang sedikit itu berjaya mengalahkan musuh Islam yang lebih ramai.Apakah rahsia di sebalik kemenangan tentera Islam itu?

Satu daripada rahsia tersembunyi di sebalik kemenangan pada Ramadan itu ialah kekuatan rohani yang lebih mantap daripada kekuatan fizikal. Bilangan yang ramai belum pasti mendatangkan hasil yang baik sekiranya tidak mempunyai semangat tinggi untuk mencapai kejayaan.

Dalam konteks Perang Badar sekali pun musuh Islam 1000 orang, tetapi tentera Islam yang 314 orang saja mampu mengalahkan musuh dengan semangat perjuangan yang tinggi. Biar mulut tidak menjamah makanan dan minuman, biar diri lapar dahaga, tetapi jika semangat yang membara dalam diri sentiasa berapi, maka kesannya Insya-Allah akan mendatangkan hasil di luar dugaan.

Satu contoh terdekat berlaku pada kurun ke-20 mengenai kekuatan kerohanian ini ialah peperangan yang berlaku di Vietnam dulu. Keupayaan Amerika Syarikat yang dilengkapi senjata canggih terbukti tidak mendatangkan kemenangan dalam peperangan di Vietnam.

Kenyataannya, dunia tahu bahawa Amerika tumpas dalam misi perjuangannya di Vietnam.Hal ini semata-mata terjadi kerana orang Vietnam memiliki semangat juang dan keazaman yang tinggi untuk menumpaskan musuh mereka.

Bagi umat Islam, contoh teladan sedemikian sedia wujud sejak zaman Rasulullah saw melalui Peperangan Badar. Bagi orang yang mahu berfikir menentang musuh pada Ramadan, iaitu ketika tentera Islam berpuasa, ia bukan suatu kerja mudah sedangkan matlamat peperangan untuk mencapai kemenangan. Mampukah tentera Islam mencapai matlamat sehebat itu sedangkan mereka perlu menunaikan tanggungjawab agama dengan berpuasa?

Pada zahirnya puasa kelihatan seperti menyusah dan melemahkan diri kerana makna puasa itu umumnya ialah menahan diri dari makan dan minum.

Secara lahiriahnya,jika dibandingkan dengan orang yang kenyang dengan yang lapar. Sudah tentu siapa pun akan mengatakan kekuatan itu  berada pada pihak yang kenyang. Tanggapan umum pasti sepakat dengan pendapat bahawa orang lapar pasti lemah dan tidak berdaya tetapi puasa dalam kaedah Islam mempunyai hikmah sebaliknya.

Puasa dalam Islam mampu mengangkat martabat iman dan taqwa yang tinggi dalam diri insan  Muslim. Dengan keimanan dan ketaqwaan yang berakar umbi pada serambi hati itulah, seorang Muslim sanggup mempertaruhkan jiwa raga kerana agamanya.

Sejarah membuktikan tentera Islam mencatatkan semangat keberanian yang tiada tolok bandingan hingga sanggup melakukan sesuatu yang dianggap ‘ajaib’ pada mata kasar orang lain dengan mengalahkan musuh Islam yang semuanya kenyang belaka dengan makanan lazat.

Peristiwa itu jelas membawa iktibar kepada pewaris Islam selanjutnya bahawa puasa pada Ramadan tidak sedikitpun menjejaskan sebarang agenda perjuangan atau pekerjaan yang ingin dilaksanakan mereka.

Sebaliknya, puasa itulah pendorong semangat perjuangan tentera Islam menentang musuh.

Secara logiknya, tubuh badan akan menjadi ‘berat’ dan sekaligus memupuk perasaan malas dalam diri selepas kita makan, lebih-lebih lagi makan dengan sekenyang-kenyangnya.

Makan sehingga terlampau kenyang dengan cara gopoh-gapah pula sebenarnya sama seperti menyeksa atau menyakitkan tubuh badan sendiri. Dengan gaya pemakanan sedemikian akan lahir sifat malas. Bila tabiat makan terlalu kenyang menjadi amalan, si pelahap makan ini akan sentiasa lemah lesu. Proses penghadaman pula turut kelam kabut.

Apabila keadaan ini terjadi, beberapa tabiat buruk yang lain seperti suka tidur, maka malas bergerak dan seumpamanya, akan turut berlapuk pada diri orang yang demikian.

Tabiat ini terbentuk hasil daripada sikap yang suka makan banyak dengan gelojoh itu, akhirnya akan menyebabkan tubuh seseorang terus-terusan lemah. Seiring itu, aliran darah dalam tubuh akan menjadi lembap.

Makanan yang dimakan secara gelojoh biasanya tidak sempat dikunyah dengan lumat. Ini mendatangkan kesan sampingan lain seperti menyukarkan proses penghadaman dan pernafasan.

Dalam hubungan ini, huraian Imam Syafie mengenai system pemakanan seperti nukilan Al-Rabi bin Sulaiman mungkin boleh dijadikan bahan renungan yang baik.

Al-Rabi menukilkan: “Imam Syafie pernah berkata,aku tidak pernah makan kenyang sejak berusia 16 tahun kerana kekenyangan akan menambahkan berat badan, mengeraskan hati, menumpulkan otak, menyebabkan mengantuk dan malas beriadah.”

Jelas kepada kita sejak dahulu lagi,alim ulama Islam mengambil berat mengenai soal makan dan pemakanan. Puncak daripada persoalan ini ialah Islam menganjurkan puasa Ramadan bagi menyeimbangkan sistem penghadaman dalam tubuh dadan manusia.

Jika persoalan ini diabaikan, kesan tabiat pemakanan buruk akan terus melanda diri umat Islam. Sekiranya makanan yang dimakan penuh lemak tepu atau kita selalu saja makan makanan bergula, lama-kelamaan ia akan mewujudkan tahap kolesterol tinggi dalam pembuluh darah.

Akhirnya, timbullah pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa punca utama pelbagai jenis penyakit kronik itu ialah makanan dan cara pemakanan yang diamalkan seseorang setiap hari.

Semua ini ada kaitan rapat dengan sikap, tabiat dan kebiasaan hidup seharian kita. Kalau kita menjaga amalan pemakanan setiap hari, insya-Allah, tubuh akan sentiasa sihat.

Kalau apa yang diamalkan sebaliknya maka besar kemungkinan kita mudah diserang pelbagai penyakit.

Pada waktu  kita mengamalkan tabiat atau gaya pemakanan yang tidak betul atau tidak sihat, keadaan akan menjadi lebih buruk dan rumit lagi sekiranya kita merokok.

Asap rokok menjadi penyumbang besar ke arah mengembangkan penyakit. Memang benar pendapat sesetengah orang bahawa mereka yang tidak merokok pun pernah diserang sakit jantung.

Kebenaran itu tidak dinafikan sesiapa, tetapi adalah benar juga risiko diserang pelbagai penyakit berpunca daripada amalan merokok.

Pakar perubatan berpendapat pula, mereka yang tidak merokok diserang sakit jantung bukan terletak pada  tabiat merokok tetapi ia mungkin disebabkan faktor lain seperti keturunan dan seumpamanya.

Namun semua pihak mengakui antara punca utama sakit jantung ialah tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat. Ini termasuk makanan tidak seimbang dan berkhasiat serta mengamalkan senaman dan tidak gemar berpuasa. Pemakanan dan senaman boleh dikatakan sinonim. Tanpa mana-mana satu daripada kedua-duanya akan menyebabkan badan mudah diserang penyakit.

Namun rasionalnya bagaimana seseorang boleh bersenam kalau perutnya terlalu kenyang? Inilah dilema masalah pemakanan tetapi kaedah penyelesaian terbaik yang unik sudah dilahirkan Islam sejak beratus tahun lalu.

Allah swt mewajibkan puasa Ramadan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, Rasulullah saw berpuasa sebanyak 3 hari pada setiap bulan.

Hikmah puasa sudah terlalu banyak diperkatakan, namun semua itu tersimpul dalam ajaran yang ditinggalkan Rasulullah saw sebagaimana sabdanya yang bermaksud:  “Perangilah nafsu dalam dirimu dari lapar dan dahaga kerana pahala yang demikian itu seperti pahala berperang Sabilillah dan tiada amal yang lebih kasih kepada Allah, selain lapar dan dahaga.”

nada dering azan dan alquran September 18, 2007

Posted by hayati husni in alquran, cara hidup.
add a comment
Sekadar renungan..TK  Fw: Nada dering azan & quran (Muslim)               
Nada dering azan & quran  Ulama Saudi larang nada dering azan, ayat al-Quran  
RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran 
dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia  dianggap menjejaskan 
kesucian Islam.  Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh 
apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada
 premis hiburan seperti disko.  "Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak 
tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya
 adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin.  Beliau yang juga 
pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan 
semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menggantikan
 irama muzik moden sebagai nada dering.  Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat 
 suci al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan 
berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.  "Ia seperti deringan ketika pemilik berada di 
tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila  
ketika itu orang ramai sedang ketawa," tegasnya.  Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu 
garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci al-Quran dan azan.  
"Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati, aspek kemurnian 
 agama Islam itu pula tercemar. Kita juga  tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci 
dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak," katanya.  Sementara itu, Mufti 
Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci al-Quran dan laungan 
azan, dari satu aspek  mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan 
menunaikan solat.  "Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada 
dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak  nampak tulisan ayat 
al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.  "Ayat suci al-Quran tidak boleh 
dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat 
seperti itu merendahkan kesucian al-Quran," katanya.  Beliau menasihatkan umat Islam 
supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan 
dosa.

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah September 17, 2007

Posted by hayati husni in Ponder, hidayah.
17 comments

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada
beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi
Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
 

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu
kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah
jadikan hatiku bersih”
 

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum
tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping
dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
mencetuskan semua perkara kebaikan.
 

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci
hati dan menenangkan minda.
 

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan
jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah
“Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf
perlu sebutkan.
 

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali
mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.
katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
 

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum
tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku,
cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,
positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
 

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan
perkara-perkara kejahatan.
 

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu
kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
 

10. Kekalkan wuduk.
 

11. Bersedekah.
 

12. Belanja orang makan.
 

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
 

14. Berkawan dengan ulama.
 

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
 

16. Pesan pada orang, jadi baik.
 

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
 

“sampaikanlah pesanan ini walaupun 1″