CADBURY CHOCOLATES December 5, 2006
Posted by hayati husni in notis.add a comment
PLEASE TELL ALL YOU KNOW THAT CADBURY CHOCOLATES HAVE BEEN WITHDRAWN FROM EUROPE BECAUSE OF CONTAMINATION WITH A RARE STRAIN OF SALMONELLA. AND OF COURSE WHAT BETTER PLACE TO DUMP THESE WASTED PRODUCTS THAN THE THIRD WORLD.. THE CHOCOLATES WILL BE SOLD IN THESE MARKETS FOR CHEAPER PRICES. TELL ANY BODY WHO HAS KIDS OR LIKE TO EAT CADBURY!!!!!
TO VERIFY, CHECK THESE:
http://news.bbc.co.uk/1/hi/5112470.stm http://www.medicalnewstoday.com/healthnews.php?newsid=45887
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
SIAPA MAHU TEMBIKAI BURUK? December 5, 2006
Posted by hayati husni in nuruddin.add a comment
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”
Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si
penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya. “
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah
dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
PESAKIT JANTUNG YANG TERKESIAN DI DUNIA…^_^ December 4, 2006
Posted by hayati husni in photos.13 comments
ADA APA DENGAN CINTA …*_* December 4, 2006
Posted by hayati husni in dayly hello.add a comment
Hmm… cinta. Semua orang perlukan cinta. Tanpa cinta hatikan mati. Cinta pada Allah, rasulullah, ibu, ayah, keluarga, sahabat handai, binatang dan barang-barang kesayangan. Rasanya semua perkara ini menjadi asas kepada kehidupan seseorang manusia. Tahu tak, bahawa kita akan mencintai orang lain dengan lebih baik sekiranya kita mencintai diri kita sendiri. Mencintai diri kita di sini bukan bermaksud kita mementingkan diri sendiri, (jangan salah faham ya pentingkan diri dan mencintai diri…). Apa! Tak percaya^_^. Ok, tak apa. Dulu yati pun tak percaya, tetapi apabila kematangan bertambah seiring dengan peningkatan usia barulah Yati faham maksud di sebalik kata-kata ini.Yati bagi contoh mudah sekiranya kita sayangkan diri kita, kita akan menjaga tubuh badan kita dengan baik. Bila kita sihat, kita mampu berkerja dengan tekun dan menjaga orang-orang yang kita kasihi dengan sebaik mungkin. Seterusnya barulah kasih sayang yang kita berikan memberi makna pada orang lain. Contoh lain sekiranya kita menyayangi orang atau benda lain tanpa menyayangi diri kita. (hmmm….apa erk) Oklah.. rasanya yati pun dah cukup besar nak cerita pasal kekasih walaupun tak pernah ada kekasih, (hehe…bocor rahsia, its ok…i take it as positif part of my life. Nanti kita citer lain kali erk kenapa Yati masih tak ada pakwe…tak janji tau but i try). Contohnya seorang Tipah ni sayang sangat dengan pakwenya si tapir, dia sanggup berbuat apa saja demi si Tapir. Apa-apa hal dia mengutamakan kehendak si Tapir lagi dari kehendak dirinya sendiri. Walaupun si Tapir memintanya membuktikan cinta sejatinya dengan menyerahkan mahkota kegadisannya pun dia sanggup (kalau kita lihat di sini apabila gadis membenarkan dirinya dinodai bukan sahaja kegadisannya hilang tetapi banyak lagi keburukan dan kehinaan yang menimpa dirinya seperti hilang maruah diri, hilang dara, ketagih seks, menjadi perempuan hina dan murahan, ikutkan hukum hudud perlu disebat 100 kali, mudah terkena penyakit kelamin, termengandung dan banyak lagi sebenarnya bukan setakat mempengaruhi fizikal malah mental, perasaan dan psikologi akan turut terjejas…Yati tak nak menuding jari pada sesiapa bagi kes ini, bagi yang dah terlajak bertaubatlah nasuha sesungguhnya Allah itu Maha pengampun dan Maha Penyayang. Bagi yang belum terkena berjaga-jagalah, walaupun kita masih selamat tetapi semua ini adalah atas taufiq dan hidayah dari Allah semata-mata bukan kerana kekuatan iman kita. Kita perlu bersyukur kerananya Semoga taufiq dan hidayah Allah sentiasa bersama kita…amin…ok sambung yang tadi balik). Selepas menyerahkan mahkota kegadisannya kepada si Tapir, bersoraklah si Tapir penuh kebanggaan, berjaya juga dia merasa si Tipah punya. Si Tipah tidak sedar bahawa lelaki boleh mengadakan hubungan seks walaupun dengan perempuan yang tidak dicintai tetapi perempuan (yang masih fresh…tiada berlaku ketagihan seks) hanya akan mengadakan hubungan seks dengan lelaki yang dicintainya sahaja. Tiba-tiba hasilnya tadi si Tipah termengandung. Si Tapir entah dah lari ke mana mungkin dah dapat ikan baru, malangnya nasib si Tipah. Tak dapatlah dia terus membuktikan kasih sayangnya pada si Tapir lagi. Maka dalam kes si Tipah ini bukan setakat kasih sayang pada dirinya terkorban tetapi bukti kasih sayangnya pada keluarga dan orang-orang yang mengasihinya turut hancur sama sekali. Mestilah semua orang disekelilingnya malu dengan perbuatannya, sekiranya ikatan kasih sayang itu rapuh maka mudahlah mereka membuang si tipah dari senarai ahli keluarga. Seterusnya tipah akan terus dan terus menjadi mangsa kesan tidak menyayangi dirinya tadi, kecualilah dia tersedar dan mempunyai daya yang amat kuat untuk bangkit kembali dan menyayangi dirinya kembali. Tetapi dia perlu mula dari awal kembali. (penat wo…….nak bina balik dari dasar bukan suatu kerja mudah). Kita lihat sebaliknya pula, sekiranya Tipah lebih menyayangi dirinya dari si Tapir, sudah pasti dia akan menolak si Tapir dan membuang terus si Tapir dari hidupnya kerana si Tapir ini hanyalah pemusnah masa depannyan bukan setakat di dunia malah akhirat. Bila dia membuang si Tapir yang bersifat tapir ini sudah pasti potensinya untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik adalah lebih besar. Bukan itu sahaja dia juga mampu mengembangkan kehebatan dirinya disamping sokongan orang-orang yang mengasihinya. Sudah pasti si tipah ini bukan lagi si tipah yang tertipu tetapi si tipah yang hebat (…jangan riak ya tipah….sesungguhnya yang maha terhebat hanyalah Allah). Apabila satu pintu tertutup untuk kita masih ada 10 lagi yang sedang terbuka untuk kita…Cuma kita perlukan sedikit daya untuk bergerak menuju ke pintu itu. Sekiranya seekor kumbang berlalu pergi banyak lagi kumbang (kumbang yang jernih hati) lain akan datang kepada kita sekiranya sari madu kita masih ada. Bunga tahi ayam pun kalau masih ada madu mesti ada kumbang atau lebah yang datang untuk menyeri taman hati kita. (betul tak…*_*). Tetapi kalau madu dah tak ada ikut logiknya mana ada lagi kumbang nak hinggap walaupun itu bunga ros atau carnation atau apa saja bunga yang cantik-cantik, kalau ada yang hinggap pun kumbang sakit tak pun kumbang buta. Andaikan sepanjang hidup ini tiada kumbang yang datang itu bukanlah suatu penamat kepada hidup kita kerana kita hanya ibarat bunga tapi kita bukan bunga yang hanya mempunyai madu dan kelopak yang cantik sebagai kelebihannya. Kita adalah manusia, sebaik-baik makhluk ciptaan Allah (bukan Yati yang cakap tetapi terkandung maksudnya dalam alquran) banyak potensi, bakat dan kelebihan diri yang Allah berikan pada kita, tinggal kita teroka dan cari sahaja disamping tidak lupa untuk memohon pertolongan dari Allah. Lagipun ”life is too short so make it sweet”, banyak keindahan dunia yang perlu dan boleh diterokai tetapi hanya mereka yang mengenali dan mencintai dirinya sahaja yang mampu menemui keindahan hidup bukan setakat di dunia malah akhirat jua.






