jump to navigation

The Little Khalifah Shop pusat aktiviti Islamik August 25, 2007

Posted by hayati husni in business.
1 comment so far

ROSLINAH DAUD.

TENTU ramai yang tidak sanggup meninggalkan kerusi empuk, bilik berhawa dingin dan gaji lumayan, hanya kerana ingin menceburi satu bidang yang diakui mencabar dan berisiko tinggi iaitu dunia perniagaan.

Namun, tidak bagi pemilik tunggal The Little Khalifah Shop, Roslinah Daud yang mengambil keputusan muktamad berhenti kerja dan melepaskan segala keistimewaan bergelar pengurus operasi sebuah syarikat kewangan pada November 2006 demi menguruskan perniagaannya secara sepenuh masa, sekali gus merealisasikan impian mewujudkan generasi perubah (transforming generation) seiring dengan landasan Islam.

Wawancara wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto NOOR AZLINA JAAFAR dengan Roslinah, 36, di The Little Khalifah Shop yang terletak di 2750A, Mezzanine Floor, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Ulu Klang, Kuala Lumpur cuba berkongsi iltizamnya dalam memenuhi peranan setiap manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimanakah The Little Khalifah Shop bermula dan terangkan serba ringkas tentang perniagaan yang diusahakan?

ROSLINAH: The Little Khalifah Shop telah ditubuhkan pada November 2003 sebagai kedai buku agama kanak-kanak siber. Kemudian, ia telah dibuka secara fizikal pada Mei 2004 atas permintaan yang tinggi dan juga sambutan yang baik. Pada Julai 2006, kami telah berpindah dari Wangsa Maju ke lokasi sekarang iaitu di Taman Permata, Ulu Klang.

The Little Khalifah Shop ialah sebuah kedai yang menyediakan platform dan bahan-bahan untuk kanak-kanak Islam yang mana dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi seorang Muslim yang sebaiknya serta memenuhi tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Jadi, kesemua bahan yang terdapat di sini adalah berlandaskan Islam atau nilai moral yang baik, sama ada buku, beg, pin, permainan atau pun pakaian.

Alhamdulillah, kini ia telah berkembang di mana aktiviti-aktiviti kanak-kanak Islam juga diadakan. Antaranya; Sesi Bercerita Islamik (Islamic Story Telling), Seni Kraftangan (Art Attack Style) yang berlandaskan cerita Islamik, Kelas Memasak Kanak-kanak, Kelas Menjahit Kanak-kanak, Kelas Solat, Bengkel Sains dan sebagainya.

Terkini, kami juga telah membuka sebuah butik untuk kanak-kanak serta ibu Muslimah yang menyediakan pakaian-pakaian menutup aurat seperti baju mandi Muslimah, baju kanak-kanak yang lengkap dengan tudung serta kemeja T labuh untuk ibu serta kanak-kanak perempuan.

Mengapa perniagaan ini yang dipilih dan tidak kepada bentuk perniagaan lain?

ROSLINAH: semuanya bermula selepas berjumpa dengan seorang pakar psikologi kanak-kanak terkenal, Allahyarham Professor Muhammad Al-Mahdi. Beliau telah mencetuskan idea-idea pembentukan keperibadian cemerlang di dalam diri anak melalui Projek Khalifah.

Beliau telah meyakinkan kami bahawa keadaan masyarakat sekarang yang semakin merosot dari segi pembangunan sosial dan akhlaknya dapat dipulihkan dengan membekalkan mereka dua perkara asas iaitu; pandangan dunia yang betul dan tepat yang berlandaskan al-Quran dan sunah serta pengetahuan mengenai Hukum Pembelajaran, iaitu bagaimana pemikiran dan keperibadian seseorang insan itu terbentuk.

Rentetan dari situ maka kami telah mengasaskan The Little Khalifah Shop untuk mengembangkan Projek Khalifah dengan tujuan untuk merealisasikan idea ini dengan lebih cepat dan efektif serta mewujudkan generasi per ubah (transforming generation). Kami yakin dengan penubuhan The Little Khalifah Shop, ia dapat menyediakan platform bagi ibu bapa dan kanak-kanak secara terus dan dengan kaedah yang menyeronokkan. Kami juga merasakan ini adalah tuntutan fardu kifayah untuk membuka kedai yang menjual barangan untuk kanak-kanak Islam kerana belum ada lagi kedai seumpama itu sebelum ini.

Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembangkan lagi perniagaan atau perancangan akan datang?

ROSLINAH: The Little Khalifah Shop ditubuhkan atas dasar kasih sayang ke atas semua kanak-kanak serta atas dasar ingin memberi sesuatu yang cantik dan baik kepada anak-anak Muslim. Ia merupakan satu sumbangan kecil kami kepada ummah dan kami berharap ibu bapa akan terus memberikan sokongan di atas usaha dan aktiviti kami supaya kami dapat mengembangkan lagi kedai kami untuk menjadi sebuah pusat sehenti (one-stop-center) bagi ibu bapa mendapatkan bahan-bahan untuk anak-anak mereka supaya mereka boleh membesar menjadi seorang Khalifah Allah yang baik.

Sejajar dengan matlamat kami, The Little Khalifah Shop kini telah dibahagikan kepada 6 divisyen:

*Kedai Buku Little Khalifah

*Butik Little Khalifah

*Kedai Alat Tulis Little Khalifah

*Kedai Audio/Video Little Khalifah

*Kedai Mainan Little Khalifah

*Pusat Aktiviti Little Khalifah

Pada 9 Ogos lalu, kami juga telah mencapai satu lagi kejayaan di mana kami telah menyediakan perkhidmatan secara online untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat datang ke kedai kami. Orang ramai boleh mengunjungi gedung membeli belah keluarga yang diwujudkan secara maya di laman web kami www.littlekhalifahshop.com untuk membeli bahan-bahan dari kedai kami.

Pada masa akan datang pula, kami juga bercadang membuka Kafe Little Khalifah di mana kami berharap dapat menyediakan makanan yang enak dan berkhasiat untuk anak-anak.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana anda mengatasinya?

ROSLINAH: Cabaran yang dihadapi dalam bidang ini adalah menyebarkan maklumat mengenai The Little Khalifah Shop kepada ibu bapa agar mereka dapat menggunakan fasiliti atau bahan yang telah kami sediakan di dalam proses pembangunan insan anak-anak mereka.

Bagi mengatasi cabaran ini, kami sentiasa mencari peluang-peluang atau saluran-saluran yang baru untuk menyampaikan mesej baik ini. Buat masa ini, kami menyebarkan maklumat melalui e-mel, laman web kami di www.littlekhalifahshop.com, keahlian percuma The Little Khalifah Club, SMS dan juga sebaran mulut ke mulut.

Kepuasan bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?

ROSLINAH: Kepuasan yang diperoleh di sini merangkumi segala aspek daripada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan juga ekonomi. Di sini, saya dapat melihat impak hasil kerja kami secara langsung kepada kanak-kanak tersebut di dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah dan juga kepuasan apabila mengetahui bahawa kami telah menyumbang sedikit usaha sebagai permulaan arus perubahan merealisasikan generasi perubah (transforming generation). Insya-Allah.

Sebagai seorang korporat Muslim, bagaimana pandangan anda mengenai saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Ulaskan?

ROSLINAH: Saranan ini sangat bertepatan dengan kajian dan konsep tentang ekonomi Islam berbanding dengan ekonomi konvensional. Asas ekonomi Islam adalah perniagaan (Bai’) berbanding dengan ekonomi konvensional ia itu penabungan. Oleh itu, galakan berniaga adalah tunggak bagi menjayakan ekonomi Islam yang mana ia dapat menjanjikan keadilan kewangan kepada masyarakat.

Alhamdulillah dengan kejayaan yang dicapai, bagaimana pula sumbangan anda kepada orang terdekat dan mereka yang berada di sekeliling?

ROSLINAH: Saya berharap dengan memulakan riak-riak kecil arus perubahan minda kepada ibu bapa dan anak-anak amnya, orang terdekat dan mereka yang berada di sekeliling juga akan merasa dan mengikuti arus per ubahan minda yang menjurus ke arah kebaikan.

Hakikatnya, semua orang mampu melakukan perubahan dan sekiranya masyarakat bersatu dan menyumbang sedikit tenaga dan usaha, insya-Allah, ia mampu membentuk gelombang yang lebih besar yang dapat merealisasikan usaha menjadikan dunia ini lebih baik pada masa akan datang.

Low Vitamin D Levels Tied to Higher Blood Pressure August 19, 2007

Posted by hayati husni in Healthy.
add a comment

NEW YORK (Reuters Health) – As blood levels of vitamin D drop, blood pressure increases, according to findings from the Third National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES III). The current analysis from NHANES III, which was conducted between 1988 and 1994, involved 12,644 adults in the US aged 20 years and older who had blood pressures recorded and vitamin D levels measured.
As reported in the American Journal of Hypertension, Dr. Robert Scragg of the University of Auckland, New Zealand, and colleagues found the lowest vitamin D levels in non-Hispanic blacks, followed by Mexican Americans, and then non-Hispanic whites.
After accounting for age, gender, ethnicity, and physical activity, patients with the lowest vitamin D levels had blood pressures that were slightly higher than those with the highest levels. This relationship was strongest in subjects who were 50 years of age and older.
Differences in vitamin D levels explained in, large part, why high blood pressure was more common in non-Hispanic blacks than in whites, the authors state.
They note that “vitamin D levels can easily, and cheaply, be increased by a modest increase in sun exposure or vitamin D supplementation,” but they caution that “first it needs to be confirmed by large, well-designed intervention studies.”
SOURCE: American Journal of Hypertension, July 2007.

Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak August 17, 2007

Posted by hayati husni in jin.
19 comments

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s.  Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam.  Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”  

(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat  Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu.  Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan.  Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir.  Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan  berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah.  Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin

yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja.  Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali.  Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini.  Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu

Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain.  Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1.         Iblis                 -           bapa segala jin

2.         As Syaitan       -           syaitan

3.         Al Muraddah   -           peragu (pewas-was)

4.         Al Afariit         -           Ifrit (penipu-penipu)

5.         Al A”wan         -           penolong-penolong (khadam)

6.         Al-Ghawasuum-          penyelam-penyelam

7.         Atthiaruun       -           penerbang-penerbang

8.         Attawabi”         -           pengikut-pengikut

9.         Al Qarna”        -           pengawan-pengawan

10.       Al “Ammar      -           pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin.  Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam). 

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas

Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untu<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>emastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.

Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.

Disini, kami sajikan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek  mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.

1.2            Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti

Pembaca disarankan melakukan tekni<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>engenalpasti adanya gangguan jin dan sihir pada masa-masa berikut:

Keadaan Di Hadapi Pesakit

Contoh-Contoh

Menyemak kemajuan rawatan

·        Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat

Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin

·        Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit sering ditukar wad

·        Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease)

·        Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan

Terjumpa atau terpegang peralatan sihir

·        Terpegang katak kering berwarna hitam yang diletakkan di bawah alas kaki di pintu masuk Bilik Mesyuarat Utama semasa tender

·        Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lama

·        Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya

·        Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja di pejabat

·        Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah

Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin

·        Terasa meremang semasa mengurut orang

·        Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin

·        Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin 

·        Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat

Melalui kawasan-kawasan keras atau anker

·        Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam

·        Melalui kawasan-kawasan kubur

·        Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala

1.3            Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti

Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untu<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>enguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.

1.3.1        Teknik Ujian

Cara ujian adalah mudah:

(a)    Ambil kadar degupan jantung sipesakit

(b)   Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(c)    Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(d)   Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(e)    Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(f)     Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:

·        sendawa,

·        batuk-batuk, atau

·        rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan

1.3.2        Set 1

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).

KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT

dari Surah Maryam, Ayat 1

HA MIMMMMMM

dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1

’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF

dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2

1.3.3        Set 2

Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).

THO HA

dari Surah TaHa, Ayat 1

THO SINNNNNN

dari Surah AnNaml, Ayat 1

THO SINNNNNN MIMMMMMM

dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1

YA SINNNNNN

dari Surah Yasin, Ayat 1

NUNNNNNNN

dari Surah Qalam, Ayat 1

RAWATAN ASSYIFA August 17, 2007

Posted by hayati husni in jin.
3 comments

BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR

 Pendahuluan

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem­buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina­tang bisa juga racun.Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama (Darul Syifa)

Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori

Kombinasi Bacaan Kegunaan

 

1

 1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’3. Lauanzalna Untuk merawat pelbagai Jenis PenyakitUntuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.

 

2

 1. Surah-Al-Fatihah2. Doa Menghindar Syaitan3. Salam Selahtera Sulaiman4. Doa Sulaiman Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh 

 

3

 1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’3. Selawat Tafrijiyyah Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya 

 

4

 1. Surah-Al-Fatihah2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan. 

5

 1. Surah-Al-Fatihah2. Ayatul Kursi Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.    Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.  

ayat1.jpg

ayat2.jpg

ayat3.jpg

ayat4.jpg

ayat5.jpg

ayat6.jpg

ayat7.jpg

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58 August 15, 2007

Posted by hayati husni in alquran.
1 comment so far

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya

dan pada ayat ke 58 surah tersebut

“SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM” diulang sebanyak 7 kali

untuk 7 niat baikmu,

Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa,

semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,

    ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,

    kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh

    dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,

    kurniakan aku rezeki yang berkat,

    kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,

    makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,

     jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,

    kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman

    kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,

    makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..

Jangan, jangan dan jangan August 15, 2007

Posted by hayati husni in Ponder.
add a comment

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.

Kalau tertidur lain cerita.

 

Jangan masuk ke bilik air

tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,

mengotori seluruh rumah kita.

 


Jangan
makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.

Makruh kerana ia membahayakan.

 

Jangan biarkan pinggan mangkuk

yang telah
digunakan tidak berbasuh.

Makruh dan mewarisi kepapaan.

 

Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu

berkat).

 


Jangan
makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

 


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.

Takut-takut kita mati dalam

perjalanan.

 

Jangan pakai sepatu atau selipar

yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

 


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap

diselaputi dosa.

 


Jangan
menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang

bila-bila masa.

 


Jangan
ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia

kalau memang kita bersalah.

 

Jangan mengumpat

sesama rakan taulan,

Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

 

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

 


Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur

dan memurahkan rezeki kita.

 


Jangan
banyak ketawa Nanti mati jiwa.

 

Jangan biasakan berbohong,

kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan

menghilangkan kasih orang kepada kita.

 

Jangan suka menganiaya

manusia atau haiwan.

Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

 


Jangan
terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama

dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

 


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.

Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

 


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik

untuk hamba ciptaanNya.

 


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara Islam yang anda kenal !!

Wasalam

 


“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun”

(Sabda Rasulullah SAW)

 


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

 



(Surah Al-Ahzab:71)

THE TRUE LEADER, PEMIMPIN SEJATI August 7, 2007

Posted by hayati husni in tokoh-tokoh Islam moden.
2 comments

kehidupan pemimpin Iran

pic242721.jpgpic20328.jpgiran4.jpgiran3.jpgiran2.jpgiran1.jpg