RAWATAN ASSYIFA August 17, 2007
Posted by hayati husni in jin.trackback
BACAAN ASAS 10 PERTAMA & RANGKAIAN ZIKIR
Pendahuluan
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:“Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.
Kegunaan Bacaan Asas 10 Pertama (Darul Syifa)
Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:
|
Kategori |
Kombinasi Bacaan | Kegunaan |
|
1 |
1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’3. Lauanzalna | Untuk merawat pelbagai Jenis PenyakitUntuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya. |
|
2 |
1. Surah-Al-Fatihah2. Doa Menghindar Syaitan3. Salam Selahtera Sulaiman4. Doa Sulaiman | Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh |
|
3 |
1. Surah-Al-Fatihah2. Selawat Syifa’3. Selawat Tafrijiyyah | Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya |
|
4 |
1. Surah-Al-Fatihah2. Kaaaaf Ha Ya ‘Aiiiin Sooood Ha Miiiim ‘Aiiiin Siiiin Qoooof Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini | Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan. |
|
5 |
1. Surah-Al-Fatihah2. Ayatul Kursi Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit membaca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak 3 atau 7 kali. | Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda. |











ustaz yang dihormati saya seorg ibu memohon jasa baik ustaz supaya dapat mendoakan atau melembutkan hati anak saya muhamad hafizudin afiq b. anuar supaya lembut hatinya(dengar cakap),menghormati saya dan ayahnya, tidak panas baran,degil dan pentingnya melakukan apa yang allah suruh dan meninggalkan apa yang allah larang iaitu sembahayang dan rajin belajar. Sebelum ini dia anak yang baik tetapi sejak dia pandai bercinta dia berubah seratus peratus . Usia beliau bary mencecah 15 tahun.saya juga tengah berusaha mendoakan beliau dengan melakukan sembahyang malam . mungkin saya juga tidak begitu arif tentang agama doa saya agak lambat dimakbul dibandingkan kan dengan ustaz.tolonglah saya mengubati anak saya ini ya ustaz/ustazah yang budiman.
salam. saya bukan ustaz/ustazah. saya di ajar oleh seorang ustaz ayat untuk melembutkan hati. iaitu baca ayat 21 -24 dari surah al-Hasyr sebanyak 11x dan ditiup ke dalam air. air ini tadi boleh dicampur ke dalam air minumannya atau digunakan untuk memasak. saya ada juga cuba Alhamdulillah berhasil. puan janganlah berputus asa sesungguhnya doa ibu untuk anaknya adalah antara doa yang dimakbulkan Allah. anggap saja ini sebagai ujian untuk puan, suami dan anak.
terima kasih insyallah saya akan cuba
assalamualaikum ustaz..saya selaku sahabat kepada seorang hamba allah yg bernama muhd nizam b. abd rahman yg kini mngalami beberapa masalah berkenaan dgn rasuk…setelah 3 hingga 4 bulan brubat..masalah sahabat saya ini menjadi lebih teruk yg kte jangkakn..masalah ini lom di kenal pasti lagi sama ada rasuk atau sakit dalaman..tp kebanyakn yg berubat..80% yg mngatakan bahawa masalah trsebut adalah brkenaan dgn rasuk yg memakan minda sahabat nizam abd rahman 19..bukan kali pertama or kedua sahabat nizam di hantar berubat oleh pihak keluarganya..malahan beratus-ratus ringgit telah habis tok merawat masalh trsebut hingga kini tiada perubahan sehinggakn masalah rasuk ini mnjadi lebih serious…saya selaku sahabat..jasree arafat jasman 19…ingin minta jasa baik ustaz agr dapat mmbalas komen saya dgn segera untuk mudah saya berhubung dengan ustaz dgn lebih dekat berkenaan masalah tersebut…wassalam..
jasree,19,JB…
assalamualaikum.. maaf dik, akak bukan ustaz. kadang2 akak attach je info2 dr shabat akak ke email akak kat blog akak. kawan adik tu duk area mna. kalau adik nak akak boleh bg fon number sorang ustaz yg merawat menggunakan assyifa. tapi kat terengganulah.