Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak August 17, 2007
Posted by hayati husni in jin.trackback
SEJARAH SIHIR
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.
RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi” - pengikut-pengikut
9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.
Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas
Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untu<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>emastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.
Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.
Disini, kami sajikan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.
1.2 Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti
Pembaca disarankan melakukan tekni<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>engenalpasti adanya gangguan jin dan sihir pada masa-masa berikut:
|
Keadaan Di Hadapi Pesakit |
Contoh-Contoh |
|
Menyemak kemajuan rawatan |
· Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat
|
|
Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin |
· Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit sering ditukar wad · Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease) · Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan
|
|
Terjumpa atau terpegang peralatan sihir |
· Terpegang katak kering berwarna hitam yang diletakkan di bawah alas kaki di pintu masuk Bilik Mesyuarat Utama semasa tender · Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lama · Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya · Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja di pejabat · Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah
|
|
Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin |
· Terasa meremang semasa mengurut orang · Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin · Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin · Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat
|
|
Melalui kawasan-kawasan keras atau anker |
· Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam · Melalui kawasan-kawasan kubur · Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala |
1.3 Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti
Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untu<ST1:PERSoNNAME>k m</ST1:PERSoNNAME>enguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.
1.3.1 Teknik Ujian
Cara ujian adalah mudah:
(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit
(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:
· sendawa,
· batuk-batuk, atau
· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan
1.3.2 Set 1
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
|
KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT |
dari Surah Maryam, Ayat 1 |
|
HA MIMMMMMM |
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1 |
|
’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF |
dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2 |
1.3.3 Set 2
Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
|
THO HA |
dari Surah TaHa, Ayat 1 |
|
THO SINNNNNN |
dari Surah AnNaml, Ayat 1 |
|
THO SINNNNNN MIMMMMMM |
dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1 |
|
YA SINNNNNN |
dari Surah Yasin, Ayat 1 |
|
NUNNNNNNN |
dari Surah Qalam, Ayat 1 |




Boleh ke kita amalkan ayat set 1 dan set 2 tu tanpa mengambilnya daripada orang yang telah diijazahkan oleh TUAN GURU HARON DIN.Setengah2 brkata kita perlu minta keizinan dari tuan guru atau anak murid yang telah mendapat ijazah.
Tak salah ayat tu di amal kerana ia adalah ayat alquran dan universal untuk semua muslim
betul ke apa yang dikatakan oleh jin /orang bunian tentang siapa yang melakukan sihir
sebenarnya apa yg dikatakan oleh jin adalah tidak benar kerana jin sedaya upaya akan membawa permusuhan kepada kita.kalu betul jin tu tahu kenapa pada zamannabi sulaiman,jin tidak tahu bahawa nabi sulaiman itu telah mati sedangkan jin2 tersebut masih melakukan kerja membina istana..kalu btl jin tahu,mesti jin tidak akan melakukan kerja membina istana lagi..ini menunjukkan jin tidak tahu.
apapun tetap syirik perbuatan itu….
tak tau nak ckp ape..
yang penting kita kena mohon pada Allah kerana hanya Allah sajalah yang dapat mengubah segala-galanya.Allahu’alam…..
Salam…Jangan kita beriman pada ayat yang kita baca tetapi berimanlah dengan Allah…Sebaliknya,ayat yang kita baca itu adalah asbab sahaja…dan ini adalah usaha kita kepada Allah…Allahualam..
assalamualaikum
segalanya ditentu oleh allah………..insyaallah…
akum
saya pun ada pengalaman terkena sihir ni
assalamu alaikum wr.wb. untuk melihat jin dan sejenisnya.apa ayatnya..terimakasih.wassalamu alaikum wr.wb
set-set seperti ( contoh 1.3.2.& 1.3.3. ) adalah permulaan ayat al quran, ayat suci, bukan rekaan manusia tetapi adalah kata-kata zat yakni Allah SAW,ayat2 ini adalah panduan hidup kita, memang kita beriman dengan kata-kata Allah melalui al quran ( mukzizat )Kita baca kita amal, kita baca tak amal sama kita baca buku biasa. Kita baca kepada pesakit rasuk jin, kita tiup, kita tiup kata-kata Allah kepada pesakit itu, supaya jin itu tahu yang ditiup itu bukan dari kata-kata kita…. saya cuma komen kata2 Sdr. Ajman bin Alban..” Jangan kita beriman pada ayat yang kita baca..”
saya sekeluarga baru menempuh gangguan jin. bermula 19/02/09 lepas. anak kedua menjerit dah meraung selama beberapa hari dgn berulang-2. sekarang kami harus terus amalkan beberapa amalan. utz kata bila yang haq datang maka yg batil akan hilang.
1) saya jemput beberapa pelajar hafiz kerumah baca surah al-baqarah & kitab Manzil. air yg sudah dijampi kami minum .. sebahagian saya spray seluruh rumah luar dan dalam.
2) utz minta saya wirid al-fatihah seberapa banyak .. tiap masa
3) baca 4 Qul 3X dan hembus ketapak tangan .. kemudian sapu kebadan setipa kali hendak tidur.
4) baca kitab manzil setiap lepas maghrib & subuh.
5) masuk rumah beri salam di ikuti bacaan Qulhu 3x
6) sembahyang selepas masuk waktu (lepas azan)
semua amalan perlu dibuat dgn penuh yakin bukan niat nak mencuba.
mlm tadi anak bungsu saya (umur 10 tahun) mimpi lalu di sebuah taman. dia kata ada orang kerdil hitam, rambut kerinting, pakai seluar pendek dan tak pakai baju memerhati. anak saya sebut allah kemudian korek biji mata makhluk itu.
sebelum ini, beberapa hari sudah .. dia nampak dalam sedar benda yg sama lalu depan tv diruang tamu.
tolong doa buat saya, saya menempuh dugaan ini dengan tawakkal pada allah.
segamat, johor
salam,saya tinggal dengan anak2 kerana suami tinggal di luar negara,sebulan sekali suami akan balik.selepas setahun setengah menetap bersendirian di kedah,sy mengalami tekanan darah tinggi.saya makan ubat hospital tak turun2 juga,sampaikan saya tertekan.pergi jumpa bekas mufti di situ untuk berubat secara gara2 mertua sy gemar ilmu sihir.dan suami sy tidak percaya kerana tiada bukti kasekarang sy banyak menghabiskan masa menanyakampung,tekanan darah saya tak turun juga.gejala lain pula muncul.adakalanya badan saya teramat sejuk,adakalanya teramat panas seperti mahu berbogel.selepas suami tiada di rumah saya tidak boleh memasuki bilik tidur kerana bulu roma meremang.saya merasa seperti orang yg hendak mati.tak mau mandi dan masuk ke bilik air kerana takut,tak boleh bersendirian,tak lalu makan hampir sebulan dan tak boleh tidur malam.kesian anak2 yg masih bersekolah kerana turut terima tempias akan penyakit saya.seorang anak jiran terpaksa meneman saya setiap malam sepanjang ketiadaan suami saya.anehnya bila ada org saya rasa ok.tengah malam adakalanya sakit dada yg teramat sgt dan terpaksa minta jiran hantarkan ke hospital dan sy dah bersedia dgn segala kemungkinan.anehnya doktor cakap normal.setiap petang dan malam sy akan merasa sayu dan menangis.begitu juga bila melihat anak ke sekolah sy turut menangis tanpa sebab.jiran2 x jemu membantu,suami diluar negara selalu di telefon.bila berubat ada kata angkara bapa mertua,pak haji yg kedua pula kata org sakit hati dgn saya dan jaraknya agak jauh yaitu sempadan 2 negeri di sini.kalau dua negeri dr kedah ialah perak,kg mertua saya.sy bukan mahu menuduh tp setelah suami sy berkrisis dgn keluarganya agak lama dia x balik kg,dan kebelakangan ini ibu saudaranya kerap datang dan menimbulkan keraguan saya.sebelum ini selendang sy yg hilang diampaian masih misteri.oleh kerana bermacam gangguan yg muncul dan anak kedua pula akan mengambil pmr,manakala sy tiada saudara di kedah sbb asal trg,dengan berat hati dan penuh sedih sy berpindah ke kuantan dengan harapan mencari ketenangan dan berubat.sejak duduk di kuantan dan berubat dengan ustaz di dungun saya boleh tidur,makan dan kawan2 banyak membantu.kesian anak sulung saya terpaksa melupakan hasrat memasuki sekolah teknik kerana saya,begitu juga dgn anak kedua yg kecewa kerana bertukar sekolah disaat mahu target yg terbaik.anak lelaki sy juga berseorangan di tempat baru kerana tiada kawan.sy tidak menuduh,tp sy pernah sakit dahulu .dalam pada sy sakit suami berhabis hampir rm10,000.bayangkanlah akan kesusahan yg saya sekeluarga terpaksa tanggung gara2 gangguan misteri ini.rumah di kedah terpaksa di tinggalkan,kucing di upah org menjaga kerana sy masih sayangkan mereka.anak saya mengalami tekanan perasaan dan suami saya kepenatan bukan sedikit.kesan sihir banyak mengacau bilaukan rumahtangga saya.
salam, banyak amalkan zikir lailahaillah 10 000x sehari insyallah,
Assalamu’alaikum,
Urgent,
Please reply me,
I always have the feeling like about to die.
this really disturb me.
Is it JIn act?
How to secure my self.
Thanking you,
Nur Aini
Saudari cuba dgr ruqyah syari’ah di http://blog.neologylab.com/?p=327
MP3 ruqyah syari’ah ni merupakan satu kaedah menguji sama ada terdapat gangguan jin/sihir pada diri kita. Apabila selesai mendengar ruqyah tersebut, perhatikan simptom-simptom yang disenaraikan. Sekiranya terdapat simptom2 tersebut, bermakna diri anda mungkin dihuni oleh jin. Turut dinyatakan kaedah2 merawat (self-healing) dgn mengamalkan beberapa petua dan kaedah.
Saya sendiri telah mencuba kaedah ini dan mmg terbukti berkesan.. Saya memang sedia maklum bahawa diri saya ‘didampingi’ jin sejak beberapa tahun yg lepas. berbagai usaha telah dilakukan..namun, tidak berhasil. Saya mencuba kaedah ini dan mudah2an sembuh la penyakit saya ini. harap saudari bleh cuba..