jump to navigation

nada dering azan dan alquran September 18, 2007

Posted by hayati husni in alquran, cara hidup.
trackback
Sekadar renungan..TK  Fw: Nada dering azan & quran (Muslim)               
Nada dering azan & quran  Ulama Saudi larang nada dering azan, ayat al-Quran  
RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran 
dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia  dianggap menjejaskan 
kesucian Islam.  Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh 
apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada
 premis hiburan seperti disko.  "Ayat suci al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak 
tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya
 adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin.  Beliau yang juga 
pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan 
semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci al-Quran menggantikan
 irama muzik moden sebagai nada dering.  Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat 
 suci al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan 
berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.  "Ia seperti deringan ketika pemilik berada di 
tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila  
ketika itu orang ramai sedang ketawa," tegasnya.  Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu 
garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci al-Quran dan azan.  
"Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati, aspek kemurnian 
 agama Islam itu pula tercemar. Kita juga  tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci 
dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak," katanya.  Sementara itu, Mufti 
Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci al-Quran dan laungan 
azan, dari satu aspek  mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan 
menunaikan solat.  "Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada 
dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak  nampak tulisan ayat 
al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.  "Ayat suci al-Quran tidak boleh 
dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat 
seperti itu merendahkan kesucian al-Quran," katanya.  Beliau menasihatkan umat Islam 
supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan 
dosa.

Comments»

No comments yet — be the first.