Pembantu Baru August 11, 2008
Posted by hayati husni in Ponder, dayly hello.Tags: alhamdulillah, allahuakbar, kekuatan, ketenangan, masalah, pembantu, renungan, subhanallah, zikrullah
add a comment
Assalamualaikum. sudah lama ku tidak menulis disini. hari ini aku ingin berkongsi sedikit pengalamanku dengan pembantu baru.
Walaupun hari masih pagi tapi hari itu aku merasakan sungguh penat bukan saja dari segi fizikal tetapi juga mental. Aku rasa mahu je terus tidur dan abaikan kewajipan ku tetapi tak dapat. Tanggungjawab yang harus aku pikul bukan hanya melibatkan diri aku tetapi juga melibatkan ramai orang dan pihak. aku buntu dan bingung, aku tak ada pilihan ,melainkan menjalankan tugas ku seperti biasa walaupun aku tak terdaya. lalu aku teringatkan ZIKRULLAH yang suami aku telah ajarkan padaku INSYA ALLAH ianya mampu memberi kekuatan dari segi mental dan fizikal.
SUBHANALLAH – 33X
ALHAMDULILLAH – 33X
ALLAHUAKBAR – 33X
Zikrullah ini telah diajar Rasulullah s.a.w. kepada saidatina Fathimah tatkala Fathimah meminta kepada Rasulullah seorang pembantu, maka Rasulullah mnengajarak zikrullah ini yang kerananya Allah memberi kita kekuatan seperti mempunya pembantu.
selain itu suami ku menyuruh juga aku membaca
LAAILAHAILLALLAH - 33X
LAHAULAWALAQUWWATAILLAH BILLAH – 33X
ASTAGHFIRLLAH – 33X
SELAWAT KE ATAS RASULULLAH – 33
Dalam perjalanan aku ke tempat kerja aku membaca zikrullah tersebut dan berdoa agar Allah memberi aku kekuatan dan menyelesaikan masalah aku. aku hanya ingin menjalankan tugas aku dengan baik dan tidak menjejaskan orang lain dengan masalah ku yang maha berat pada aku ketika itu. dan Subahanallah ketika aku sampai ke pejabat aku mampu tersenyum pada setiap orang dan menjalankan tuas aku lebih baik dari biasa. Alhamdulillah.
Semalam aku cuba lagi membaca ZIKRULLAH tersebut dalam perjalanan aku ke tempat kerja. aku tidak merancang apa-apa hari ini tetapi banyak bil-bil yang perlu aku jelaskan. Kawan sepejabatku mengajakku keluar makan dan kemudian mengajakku menemaninya ke bank. ALhamdulillah kerana ajakannya itu aku berjaya selesaikan semua bil-bil yang perlu aku bayar. Alhamdulillah. bukan itu sahaja pada petangnya walaupun aku penat tapi Allah memberi aku semangat dan kekuatan untuk menyelesaikan tugas-tugas rumahku dengan baik. Alhamdulillah.



