Telefon pintar Nokia N95

Produk dicipta untuk sistem rangkaian akses paket muat turun berkelajuan tinggi dengan sokongan WLAN, WCDMA

sc0011.jpg
CANGGIH: Telefon terbaru Nokia N95 mempunyai kamera
lima mega piksel turut dilengkapi dengan
teknologi terkini multimedia.

TELEFON berkamera Nokia N95 lima mega piksel yang juga menjadi komputer multimedia semua dalam satu, mampu juga menjadi alat bantuan hala tuju memandangkan ia turut tersedia dengan ciri sistem kedudukan global (GPS).

Bagi membuktikan ia sebagai sebuah komputer multimedia, ciri sistem rangkaian mudah alih berkelajuan tinggi turut disediakan.

Telefon berteknologi termaju Nokia itu dicipta untuk sistem rangkaian akses paket muat turun berkelajuan tinggi (HSDPA) dengan sokongan untuk rangkaian setempat meluas (WLAN), teknologi Edge dan rangkaian WCDMA.

Melalui HSDPA, melayari internet, membaca e-mel, penyaluran video dan memuat turunkan fail besar dapat dilakukan 10 kali lebih laju berbanding 3G.

N95 mampu menggantikan alat kendiri yang sudah tidak diperlukan lagi oleh pengguna yang sentiasa bergerak atau yang inginkan data atau maklumat di mana saja mereka berada dan pada bila-bila masa.

Pemilik produk ini mampu mengesan tempat tertentu, selain mencari jalan menggunakan GPS tersedia yang mana N95 menyediakan peta merangkumi lebih 100 negara dan 15 juta tempat menarik.

Aplikasi ini juga membolehkan pengguna mengesan kedudukannya serta merancang perjalanan. Pengguna juga boleh membeli ciri tambahan seperti arahan panduan berasaskan suara.

Nokia memperkenalkan N95 baru ini yang juga berupaya menyokong slot kad memori sehingga 2GB kad memori microSD di pameran elektronik pengguna (CES) di Las Vages, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Posted on January 18, 2007, in willing to have. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: