Baiki cara solat khas utk perempuan

dari emel yg saya dapat

>Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
>tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
>dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti
>kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
>kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
>kualitinya.
>
>Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah lanjut macam ni
>pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
>kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
>penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri”
>sblm menghadap Yg Esa.
>
>2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita
>berdiri tegak sblm lafaz niat :
>
>1. Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
>kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
>utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
>menyesallah.
>
>2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
>oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
>d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
>hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
>
>Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
>mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
>membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
>bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
>dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
>utk menghadap Tuhan.
>
>1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
>kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
>telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
>paras dada (bukan telinga).
>
>Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
>penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
>lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
>kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
>
>2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
>sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
>atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
>kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
>
>3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
>tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
>atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
>Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
>
>4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman
>hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa
>lakal hamdu”
>
>5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.
>Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
>tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
>sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara
>kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
>hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
>iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
>(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
>kiblat.
>
>6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
>atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
>kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
>
>7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
>keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
>gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
>
>8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
>”….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan
>diturunkan sehingga memberi salam.
>
>9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
>sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
>sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
>bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
>darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
>
>10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
>punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
>keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
>dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
>sedang menghadap yg Esa.
>
>Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
>hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
>tertentu. Antaranya:
>
>1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
>kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
>kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
>tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
>
>Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
>sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
>telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
>dari luar telekung.
>
>2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
>sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
>Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
>menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
>pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
>kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
>kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
>tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
>ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
>
>3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2
>sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
>pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
>terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
>kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
>
>Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
>yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
>Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
>memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
>utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
>panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
>seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
>segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
>inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
>Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
>susah sekarang, jgn susah di alam baqa’.
>
>Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
>harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
>itu dari saya.
>
>Wassalamu.
>
>** Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat.. **

Posted on January 25, 2007, in Ceramah. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Assalamualaikum…

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu dari saudari. Saya pun tgh merangkak2 lagi blajar cara betul bersolat nie..if ada yg boleh dikongsi bersama…email kat saya ek…
    my email add laraqist@yahoo.com
    terima kasih sekali lagi…hope kita sama-sama dapat keberkatan dari Allah S.W.T

  2. terima ksh atas perkongsian ilmu dari saudari . insya allah saia akn praktikkn . amin . semoga kita mendapat berkatNYA .

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: