4 muharam 1428/23 januari 2007

Mengapa hati ini sensitif dengan setiap tutur katanya, kepala ini terlalu memikirkannya. diri bagai hilang kawalan. ini ke orang panggil penyakit cinta…oh…..ya Allah tolonglah aku. aku tidak pernah mengalami keadaan ini. sungguh pelik dan liar. aku benci begini. aku tidak tahu apa yang berlaku kepada ku saat ini. aku mahu tidur tetapi bayangannya datang mengganggu ruang fikiran ku, setiap bait-bait katanya yang membuat aku selesa untuk terus bersembang dengannya. walaupun tanpa suara tetapi raut wajahnya pada webcam menunjukkan betapa jujurnya dan ikhlasnya dia ingin berkawan dengan ku. aku juga teringat bila pertama kali aku telefon kepadanya dengan nada gembira dia menyambut panggilan ku dan seolah-olah begitu teruja dengan panggilan itu. hati aku berbunga riang bila mendengar suranya, “how are u dear?” tanyanya. “i miss u” jawabku pendek kerana aku bukan bagus sangat cakap orang putih ni dan dia menjawab dengan penuh rasa simpati “oh my god, i miss u too”. oh, cair hatiku mendengar jawapan itu, aku mengajaknya online dan hari itu kami meneruskan lagi perbualan jarak jauh untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat. apa yang pasti aku semakin suka padanya. 

malam ini aku tak tahan lagi. aku menangis…adakah begini teruk bahana cinta ini. tapi adakah ia benar cinta aku atau cinta nafsu semata-mata. lagipun kami hanyalah kenalan internet. aku takut, aku buntu, aku bingung…ingin saja aku menganggap ini hanyalah sebuah mimpi tapi aku tak mampu kerana inilah realiti. jam menunjukkan jam 12 lebih, sudah lewat malam. aku menangis…oh aku rasa berdosa kerana fikiran liar yang datang kepada ku. aku istighfar sebanyak mungkin di dalam hati. akhirnya aku terlena dalam tangisan. jam 4.05 pagi aku terjaga dari tidur, ah! awalnya bangun aku cuba menyambung tidurku kembali tapi tak berjaya. fikiran aku kosong, mataku kejap pejam, kejap celik…aku bingkas bangun danke bilik air. membersihkan apa yang patut dan aku berwuduk. aku menunaikan solat sunat taubat mohon ampun dari Allah di atas keliaran fikiran ku. aku menangis lagi, di sujud yang terakhir selepas membaca lailahaillaanta subhanaka inni kuntu minazzhalimiin sebanyak 41 kali yang bermaksud tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engaku sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim” aku mohon ampun lagi padanya. “ya Allah murahkanlah rezki aku, berilah aku kekuatan untuk melunaskan hutang-hutangku, aku ingin menunaikan haji tahun ini, aku tak mahu memikirkan perkara lain, tapi kini hati aku selalu memikirkan muhammad ya Allah. berilah aku petunjuk Mu tentang Muhammad, aku memohon bimbingan dan petunjuk dari Mu. Ya Allah kasihanilah aku, aku tahu aku banyak berdosa, tapi apakan dayaku kerana aku jahil, aku lemah, aku mengaku dengan serendah-rendahnya akan segala dosa dan keburukan ku tapi aku tak nak jadi jahat Ya Allah. tolonglahlah aku”. aku menyudahkan solat ku dengan tangisan yang teresak-esak. seorang ahli motivasi pernah memberitahu aku jika kita menangis sewaktu solat dengan rasa sayu dan menyesal di atas kesalahan kita itu sebenarnya adalah tangisan roh kita. dia menangis kerana kita selalu mengabaikannya selama ini, kita tidak memberinya makan yang cukup iaitu makanan rohani berupa zikirullah, tahmid, solat, bacaan alquran dan perkara yang seumpanya yang mendatangkan keredhaan Allah kepada kita. mungkin betul kerana aku bukanlah hambaNya yang baik walaupun aku menunaikan solat 5 waktu tetapi ada juga aku melambat-lambatkannya kerana sengaja dan menunaikannya secara sambil lewa. ohhhhh…. aku mengambil alQuran, aku membaca lailahaillallah beberapa kali dan allahummassollia’lamuhammad 3 kali. sambil itu aku memohon agar Allah memberi petunjuk tentang masalah yang aku hadapi melalui muka surat pada alquran yang akan aku  buka secara rawak. aku terjumpa surah Arruum, ayat 20 sehingga 22 benar-benar membuatkan aku berfikir dan merenung ayat itu mencari maksud tersirat yang ingin Allah sampaikan kepadaku.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudia tiba-tiba kamu menjadi manusia yang berkembang biak.                                                                                                                      (20:ar-Ruum)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.         (21:ar-Ruum)

Dan di antara kekuasaanNya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.                                                                                                                                                                            (21:ar-Ruum)

Posted on February 5, 2007, in Uncategorized. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. assalamualaikum..

    saya terjumpa blog ini tulisan yg menarik .. ..
    salam kenal..

  2. slm..sy sgt suka dengan tulisan blog ini. walaupun sy ni bukannye sasterawan, tp sebagai org biasa sy faham dan merasa terkesan dengan cara kupasan yg simple w/pun isunya agak berat juga. terima kasih dan semoga bjaya buat novel🙂

  3. arrum suka blog ini..bikin arrum belajar banyak..

  4. sekarang arrum dah ketemu ikhwan yang selama neh arrum harapkan dari Allah SWT..

  5. Alhamdulillah. sama seperti saya dalam proses melakukan isthikarah. ayat ni juga yg saya dapat dlm membuka secara rawak.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: