Daily Archives: February 16, 2007

Dr. Jeffrey Lang dulu cabar kewujudan Tuhan

 Susunan SITI AINIZA KAMSARI
BERKULIT putih dan berambut perang kini menjadi wajah-wajah pendakwah Islam kontemporari. Ini termasuklah Profesor Matematik di Universiti Kansas, sebuah universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat (AS), Dr. Jeffrey Lang.Beliau tidak sahaja berkongsi pengalaman uniknya memeluk Islam pada 1982 tetapi beliau menulis buku tentang pengislamannya bagi membuka hati-hati yang selama ini tertutup untuk mengakui kebesaran Tuhan.

Setelah memeluk Islam dan mendirikan solat lima kali sehari semalam, Dr. Jeffrey berkata, ibadat tersebut begitu memberikan kepuasan pada jiwanya terutama ketika mendirikan solat subuh. Ia adalah detik-detik paling indah yang pernah dilaluinya.

“Itu adalah saat anda meninggalkan buat sementara alam dunia ini kerana ternyata dalam suasana sunyi dan sepi itu serta bersama barisan malaikat, kita saling memuji (berzikir) terhadap Allah s.w.t. menunggu terbitnya sang mentari,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana beliau begitu tertawan dengan al-Quran yang menggunakan bahasa Arab sedangkan bahasa itu begitu asing baginya selama ini.

Jawab Dr. Jeffrey: “Bagaimana pula seorang bayi (yang tidak mengerti apa-apa) dapat ditenteram hanya setelah mendengar suara ibunya?”

Dr. Jeffrey yang dilahirkan pada 30 Januari 1954 di Bridgeport, Connecticut, AS mengisytiharkan dirinya seorang yang tidak percayakan Tuhan atau ateis ketika berusia 18 tahun walaupun dibesarkan dalam keluarga yang kuat mengamalkan Judeo-Kristian Katolik.

“Saya mempersoalkan jika ada Tuhan yang Maha Penyayang lagi Mengasihani mengapa ada umat yang dibiarkan menderita di muka bumi ini? Kenapa tidak diciptakan sahaja syurga itu di muka bumi ini? Kenapa diciptakan manusia untuk menderita,” katanya.

Pemikiran seperti itu dibentuk sejak beliau belajar di Sekolah Tinggi Lelaki Notre Dame (sebuah sekolah mubaligh Kristian) sehinggalah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran dalam bidang matematik.

“Sebagaimana bidang itu yang berteraskan logik akal dan bermain dengan fakta dan angka, begitulah juga cara minda saya bekerja.

“Saya akan cukup kecewa apabila sesuatu itu tidak dapat dibuktikan secara konkrit. Selagi tidak dapat dibuktikan secara logik mengenai Tuhan, bagaimana saya dapat percaya adanya Tuhan,” katanya.

Sehinggalah pada suatu malam beliau bermimpi.

“Saya dapati saya berada di sebuah bilik yang berdinding cat putih, kosong. Tidak ada sebarang perabot di dalamnya kecuali hamparan permaidani yang berjalur rona merah dan putih.

Terdapat juga satu tingkap kecil yang mampu membenarkan cahaya matahari masuk bagi menghangatkan bilik itu.

“Ketika itu terdapat tiga barisan lelaki sedang berdiri dan saya di barisan yang ketiga dan masing-masing berdiri menghadap tingkap kecil itu.

“Saya rasa begitu terasing kerana tidak mengenali sesiapa pun di situ dan seolah-olah seperti berada di negara lain. Kami kemudian melakukan tunduk sehingga ke paras pinggang, diikuti muka yang diletakkan hampir mencium tanah.

Mimpi

“Suasana begitu sunyi seolah-olah semua bunyi lain telah dimatikan. Apabila kami duduk semula, baru saya dapati perbuatan kami tadi diketuai oleh seorang lelaki yang saya hanya dapat perhatikan bahagian belakangnya.

“Dia berdiri seorang diri di tengah-tengah barisan kami itu dengan mengenakan jubah putih yang panjang dan mengenakan selendang pada kepalanya. Saya kemudiannya terjaga daripada mimpi itu,” katanya.

Sebenarnya sepanjang 10 tahun sebagai ateis, mimpi seperti itu sering kali mendatangi tidur Dr. Jeffrey. Tetapi beliau tidak pernah menghiraukannya walaupun ada satu perasaan ganjil setiap kali terjaga daripada mimpi itu.

Selepas 10 tahun melanjutkan pelajaran di universiti, beliau kemudian ditugaskan sebagai pensyarah di Universiti San Francisco.

Di situ buat pertama kalinya beliau bertemu Mahmoud Qandel iaitu seorang pelajar Islam yang mengikuti pengajiannya. Dr. Jeffrey mula bersahabat baik dengan Mahmoud dan sering mengunjungi rumah dan keluarga pelajar berkenaan.

Namun soal agama tidak pernah menjadi topik dalam setiap perbualan mereka sehinggalah pada suatu hari Dr. Jeffrey dihadiahkan senaskhah al-Quran dan beliau berjanji pada dirinya tidak akan berpaling tadah apabila membaca kitab suci itu.

Malah beliau membacanya dengan penuh prejudis terhadap Islam.

“Tetapi kamu tidak boleh membaca al-Quran begitu sahaja, kecuali kamu perlu serius mendalaminya. Akibatnya sama ada kamu terus menyerah kalah (kepada kebenaran Tuhan dan agama) atau menyebabkan anda melancarkan satu peperangan kerana isi kandungannya berlawanan dengan kepercayaan anda selama ini.

“Dan saya termasuk golongan yang kedua itu. Tetapi peperangan ini sungguh menarik kerana didapati lama-kelamaan saya semakin tidak dapat mempertahankan diri saya sendiri. Seolah-olah al-Quran itu lebih mengenali dan mengetahui setiap inci kelemahan diri saya berbanding saya mengenali diri saya sendiri.

“Malah Dia sedang membaca fikiran saya. Setiap malam pelbagai persoalan timbul dalam pemikiran saya, tetapi saya beroleh jawapannya melalui al-Quran keesokan harinya.

“Kitab itu mampu memadamkan sedikit demi sedikit fahaman yang saya bina selama ini. Malah kitab itu kini memimpin saya, mengajak saya ke satu sudut kebenaran yang mampu saya terima kerana ia sangat logik,” imbas Dr. Jeffrey ketika al-Quran mula diperkenalkan kepadanya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika berusia 28 tahun, Dr. Jeffrey terjumpa sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah sebuah gereja di universiti.

Bilik itu agak pelik kerana ia mengingatkan beliau pada sesuatu. Kemudian beliau diberitahu bahawa bilik itu sebenarnya dijadikan surau bagi membolehkan pelajar Islam di universiti itu mendirikan solat.

Beliau kemudian terpaku di situ sambil mindanya bergelut dengan pelbagai perkara. Dr. Jeffrey merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk melakukan satu perubahan pada pendirian dan falsafah hidupnya selama ini.

Kini beliau meyakini bahawa Tuhan itu wujud, malah kerana adanya Tuhanlah, dengan kekuasaan-Nya itu Dia mampu mengubah dan menggoyahkan pegangannya selama ini yang tidak percayakan Tuhan.

Tanpa membuang masa, beliau melafazkan dua kalimah syahadah bersaksikan beberapa pelajar Islam yang ketika itu hendak menunaikan solat di bilik itu.

Seolah-olah berlaku satu perayaan, mereka semua gembira dengan perubahan besar yang dilakukan Dr. Jeffrey itu lalu mereka mendirikan solat Asar berjemaah dan berdoa bagi meraikan kehadiran saudara baru itu.

Seusai solat, tiba-tiba Dr. Jeffrey menggigil ketakutan.

“Mimpi itu! Ya mimpi itu! Suasana kami mendirikan solat jemaah sebentar tadi tidak ubah seperti yang selalu datang dalam mimpi saya.

“Bilik ini, para jemaah dan pergerakan solat itu seperti yang selalu saya mimpikan. Betapa hebat kebetulannya dan sukar untuk saya mempercayainya.

“Saya cuba memfokuskan semula fikiran ekoran apa yang berlaku itu. Setelah menarik nafas saya seolah-olah disirami rasa dingin yang menjalar ke seluruh badan. Tuhan! Ia adalah satu kenyataan, sejurus itu juga air mata saya mengalir laju membasahi pipi,” katanya.

Kepatuhan

Perjalanan seseorang untuk memeluk Islam adalah begitu unik dan berbeza antara satu sama lain. Seperti yang berlaku pada Dr. Jeffrey, daripada seorang yang mencabar mengenai kewujudan Tuhan, beliau kini seorang yang mempunyai kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah.

Daripada seorang panglima ateis yang begitu bengis dengan menjadikan al-Quran sebagai musuh, beliau akhirnya mengaku kalah dan tunduk kepada kitab itu.

“Semua yang saya anggap selama ini begitu hebat di kepala (ateis) kini kedudukannya berada di atas tanah, sujud sebagai tanda penyerahan diri kepada-Nya,” katanya.

Dr. Jeffrey berkahwin dengan seorang wanita warga Arab bernama Raika dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Beliau kini giat berdakwah di kalangan rakyat kulit putih Amerika.

Untuk tujuan dakwah, beliau juga menulis buku-buku. Antara yang begitu mendapat sambutan di AS ialah Struggling To Surrender – Some Impressions Of An American Convert To Islam (Beltsville, 1994) dan Even Angels Ask: A Journey To Islam In America (Betsville, 1997) dan Losing My Religion: A Call For Help (Betsville, 2000).

Buku-buku tersebut menjelaskan kepada kita bagaimana fakta-fakta daripada al-Quran dan ajaran Islam mampu menangkis fahaman ateis.

Soalan2 umum tentang ALLAH oleh Atheis

ALLAH – Tuhan Yang Maha Esa Allah adalah perkataan yang paling sempurna untuk menerangkan Tuhan yang Satu or Monotheisme.Dari mana asal perkataan ALLAH ini? 

”ALLAH” asal dari perkataan arab ”elah” yang bermaksud TUHAN atau sesuatu yang disembah.

Where Does the word “Allah” Come From?

“Allah” comes from the Arabic word “elah” – (Arabic) means ‘a god’ or something that is worshipped. This word (elah) can be made plural, as in “aleha” and it can be male or female. “Allah” comes from “elaha” but it brings more clarification and understanding.

Allah = Has no gender (not male and not female)
* “He” is used only out of respect and dignity – not for gender
Allah = Always singular – Never plural
* “We” is used only as the “Royal WE” just as in English for royalty
Allah =Means “The Only One to be Worshipped”

The questions atheists usually ask regarding our belief in Allah or God, vary somewhat but, they are predictable. Let us consider a few: 

1. “jika Allah yang mencipta sesuatu, jadi siapa yang mencipta Allah?”

Answer:

(Muslims – Remember to use the formula above – i.e.; “Thank you for asking me about my religion…” etc.)

According to the Quran, Allah tells us that He is the only creator and sustainer of all that exists and that nothing and no one exists alongside Him, nor does He have any partners. He tells us that He is not created, nor is He like His creation in anyway. He calls Himself by a number of names and three of them are:

  • A) The First – (Al-Awal)
  • B) The Last – (Al Akhir)
  • C) The Eternal, who is sought after by His creation, while He has no need from them at all. (As-Samad)

He always has existed and He never was created, as He is not like His creation, nor similar to it, in any way.

| Back to Questions | Top of Page |

2. “Bagaimana boleh kamu mengenal Tuhan iaitu ALLAH bila kamu tidak melihat, mendengar, menyentuh, menghidu, merasa atau berimaginasi siapa DIA?”

Answer:

We know from the teachings of Muhammad, peace be upon him, that no one has ever actually seen God – at least not in this lifetime. Nor are we able to use our senses to make some kind of contact with Him. However, we are encouraged in Islam to use our senses and our common sense to recognize that all of this universe could not possibly come into existence on its own. Something had to design it all and then put it into motion. That is beyond our ability to do, yet it is something that we can understand.
We don’t have to see an artist to recognize a painting, correct? So, if we see paintings without seeing artists painting them, in the same way, we can believe that Allah created everything without having to see Him (or touch, or hear, etc.).

3. “Bolehkan Tuhan membuat sesuatu? – For example: “Can He make a rock so big that nothing can move it?” – If He did make a rock so big that nothing could move it, would that mean that He couldn’t move it too? Or would it be impossible for Him to make something so big that He couldn’t move it?”

Answer:
Allah tells us that “Allah is capable of doing anything that He Wills to do.” He can make a rock (or anything for that matter) that is so large or heavy that nothing in the entire universe can move it. As regards Allah “moving” it, He is not in the universe and He does not resemble His creation. Therefore, Allah is never subject to the Laws of the Creation because He is both the Creator and the Law Giver. Whenever He wants anything done, He merely says “Qun! Faya Qun!” (Be! And so it will be!)

4. “Mana Tuhan?”

Answer:
Some other religions teach that “God is everywhere.” This is actually called “pantheism” and it is the opposite of our believe system in Islam. Allah tells us clearly that there is nothing, anywhere in the universe that resembles Him, nor is He ever in His creation. He tells us in the Quran that He created the universe in six “yawm” (periods of time) and then He “astawah ‘ala al Arsh” (rose up, above His Throne). He is there (above His Throne) and will remain there until the End Times.

5. “Kenapa Tuhan mencipta sesuatu?”

Answer:
Allah says in His Quran that He did not create all of this for any foolish purpose. He tells us that He created us for the purpose of worshiping Him, Alone and without any partners.

6. “Adakah Tuhan itu suci, baik, penyayang dan adil? Jika ya, kenapa wujudnya kejahatan, dendam dan ketidakadilan?”

Answer:
Allah tells us that He is Pure, Loving, and absolutely Just in every respect. He says that He is the Best of Judges. He also tells us that the life that we are in is a test. He has created all the things that exist and He has created all that happens as well. There is nothing in this existence except what He has created. He also says in the Quran that He created evil (although He is not evil). He is using this as one of the many tests for us.

7. “Adakah Allah benar-benar berkuasa ke atas sesuatu? – Jika benar, kenapa Dia membiarkan manusia sakit, ditindas dan mati?”

Answer:
Allah has created all that we call the universe as a test for us. This is not our final destination. What we might consider to be “bad” or “good” could actually be quite the opposite. As regards oppression, this is something that Allah forbids for Himself to do to anyone and He hates it when anyone oppresses someone else. He does have absolute power over everything. He allows sickness, disease, death and even oppression so that we can all be tested in what we do.

8. “Bolehkan anda buktikan Tuhan wujud?”

Answer:
Can you prove that you exist? Yes, of course you can. You merely use your senses to determine that you can see, hear, feel, smell, taste and you have emotions as well. All of this is a part of your existence. But this is not how we perceive God in Islam. We can look to the things that He has created and the way that He cares for things and sustains us, to know that there is no doubt of His existence.

Think about this the next time that you are looking up at the moon or the stars on a clear night; could you drop a drinking glass on the sidewalk and expect that it would hit the ground and on impact it would not shatter, but it would divide up into little small drinking glasses, with iced tea in them? Of course not.

And then consider if a tornado came through a junkyard and tore through the old cars; would it leave behind a nice new Mercedes with the engine running and no parts left around? Naturally not.

Can a fast food restaurant operate itself without any people there? That’s crazy for anyone to even think about.

After considering all of the above, how could we look to the universe above us through a telescope or observe the molecules in a microscope and then think that all of this came about as a result of a “big bang” or some “accident?”

(see also “Quran“)

9. “Adakah Tuhan Maha Mengetahui perkara yang akan berlaku? – Jadi Dia berkuasa ke atas sesuatu secara mutlak, jika begitu ia tidak adil kepada kita, dimanakah kebebasan kita?”

Answer:
Allah Knows everything that will happen. The first thing that He created was the “pen” and He ordered the pen to write. The pen wrote until it had written everything that would happen. And then Allah began to create the universe. All of this was already known to Him before He created it. He does have absolute and total control at all times. There is nothing that happens except that He is in control of if.
There is a mistake in the question: “Free Will.” Allah alone, has Free Will, He Wills whatever He likes and it will always happen as He wills. We have something called, “Free choice.” The difference is that what Allah “Wills” always happens and what we choose may or may not happen. We are not being judged on the outcome of things, we are being judged on our choices. This means that at the core of everything will always be our intentions. Whatever we intended, is what we will have the reward for. Each person will be judged according to what Allah gave them to work with, how they used it and what they intended to do with it.

As regards the actual “Judgment Day” – Allah tells us that everything we are doing is being recorded and not a single tiny thing escapes from this record. Even an atom’s weight of good will be seen on the Day of Judgment and even a single atom’s weight of evil will be seen too.

The one who will bring the evidences against us will be ourselves. Our ears, tongue, eyes and all of our bodies will begin to testify against us in front of Allah on the Day of Judgment. None will be oppressed on that Day, none will be falsely accused.

He could have put everyone in their respective places from the very beginning, but the people would complain as to why they were thrown in Hell without being given a chance. This life is exactly that; a chance to prove to ourselves who we really are and what we would really do if we indeed had a free choice.

Allah Knows everything that will happen, but we don’t. That is why the test is fair.

10. “Jika Tuhan hanya satu kenapa ada banyak agama?

Answer:
Allah does not force anyone to submit to Him. He has layed out a clear path and then made it known to them the two ways (Heaven or Hell). The person is always free to make his or her own choice. There is not complusion in the way of “Islam.” Whoever choses to worship Allah without partners and is devoted to Him and is obeying His commands as much as possible, has grasped the firm handhold that will never break. Whoever denies God and choses some other way to worship or not to believe at all, for them there is an eternal punishment that is most horrible (Hell).

All religions originated with Allah and then people began to add or take away from the teachings so as to take control over each other. Man made religions are an abomination before the Lord and will never be accepted. He will only accept true submission, obedience and in purity and peace to His commandments.

11. “Bagaimana kita yakin yang Quran datangnya dari Allah?”

Answer:

Muslims have something that offers the most clear proof of all – The Holy Quran. There is no other book like it anywhere on earth. It is absolutely perfect in the Arabic language. It has no mistakes in grammar, meanings or context. The scientific evidences are well known around the entire world, even amongst non-Muslim scholars. Predictions in the Quran have come true; and its teachings are clearly for all people, all places and all times. No one has been able to produce a book like it, nor ten chapters like it, nor even one chapter like it. It was memorized by thousands of people during the lifetime of Muhammad, peace be upon him, and then this memorization was passed down from teacher to student for generation after generation, from mouth to ear and from one nation to another. Today every single Muslim has memorized some part of the Quran in the original Arabic language that it was revealed in over 1,400 years ago, even though most of them are not Arabs. There are over nine million (9,000,000) Muslims living on the earth today who have totally memorized the entire Quran, word for word, and can recite the entire Quran, in Arabic just as Muhammad, peace be upon him, did 14 centuries ago.

12. “Kenapa menggunakan istilah “KITA” dalam alquran bila merujuk Tuhan (Allah)?”

Answer:

This is a good question and one that Bible readers have also asked about. The term “We” in the Bible and in the Quran is the royal “We” – as an example when the king says, “We decree the following declaration, etc.” or, “We are not amused.” It does not indicate plural; rather it displays the highest position in the language. English, Persian, Hebrew, Arabic and many languages provide for the usage of “We” for the royal figure. It is helpful to note the same dignity is given to the person being spoken to in English. We say to someone, “You ARE my friend.” Yet the person is only one person standing there. Why did we say “ARE” instead of “IS”? The noun “you” is singular and should therefore be associated with a singular verb for the state of being, yet we say, “are.” The same is true for the speaker when referring to himself or herself. We say, “I am” and this is also in the royal plural, instead of saying, “I is.”

 

[Do you have questions about Allah?]
… and still more details: Read

Visit other pages on this subject:
http://islamtomorrow.com/islam/allah.htm

Or send us an email to: AskIslam@aol.com

Allah (God) Is There Proof? – Yes!

[click here]

 

SATU PENJELASAN TERBAIK KENAPA ALLAH MEMBERI KESAKITAN DAN
PENDERITAANSEPERTI YG TELAH KITA LIHAT:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT
DAN
   JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK
DAN
    BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA
MENGENAI
  ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA, 

                      ” SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.”

            ”KENAPA KAMU KATA BEGITU?” TANYA SI LELAKI TADI.

CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU  WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? 

  KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH TENTU
TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT B AYANGKAN
 

      ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU”.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN
   KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH, SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI
BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI
PUN
   BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN
BERKATA,
 


              KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?”

  ”KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT
KAMU TADI” KATA BARBER.

                                  ”TIDAK!” KATA SI LELAKI TADI. 

              ”KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA   ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR  MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU”.
 

         ”AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA   

                               SAYA UTK GUNTING RAMBUTNYA!” KATA BARBER.

                  ”TEPAT SEKALI!” KATA SI LELAKI TADI.

                                           ”THAT’S THE POINT! 

                         

ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG   TERJADI(KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.”