Kurma / tamar / phoenix dactyloferal

This slideshow requires JavaScript.


Allah telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran, antaranya Allah telah berfirman dalam surah Maryam ayat 25 yang bermaksud;
“dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan.”
(Maryam: 25)

Rasulullah s.a.w. juga amat menggemari kurma. Terdapat hadis dari sa’ad r.a. yang bermaksud;
“Rasulullah s.a.w pernah bersabda: sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Baitaha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.”
(Sahih Muslim: no 3813)
Antara khasiat kurma;
 Mengelakkan penyakit dan Memelihara kesihatan
Zat galian kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah yang mana ianya dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetis. Selain itu garam galian dan fiber yang terkandung dalam kurma membantu memelihara kesihatan.

 Memudahkan proses bersalin
Jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan proses bersalin. Zat galian kalium, kalsium, zat besi pula membantu menambahkan jumlah sel darah merah dan kadar pengeluaran susu ibu.

 Mengembalikan tenaga dengan segera
Kandungan glukosa dan sukrosa yang tinggi membantu memulihkan tenaga dengan kadar yang segera kerana ianya boleh terus diserap oleh badan tanpa perlu melalui proses pencernaan yang panjang.

 Menenangkan perasaan
Dalam surah Maryam, Allah telah berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “bertenanglah daripada segala yang merunsingkan”. Ternyata Firman Allah SWT ini tidak bercanggah dengan Sains. Kajian mendapati Buah kurma mengandungi Asid Amino ( essential amino acid)yang juga dikenali dengan nama triptofan. Triptofan diperlukan oleh badan untuk mensintesis niasin.

 Menjauhkan sihir
Dengan memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma dari kebun Nabi) boleh menyebabkan seseorang itu terselamat dari sihir. Nabi bersabda yang bermaksud:
“ Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.”
(Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

Dietary value, per 100 gram edible portion
Moist dates (“Khalal” and “Rutab” stages) Dried dates (“Tamar” stage)
Water (%) 30-85 10-25
Calories 142 284
Protein (%) 1.8 3.0
Fat (%) 1.0 0.5
Carbohydrates (%) 37 73
Crude Fiber (%) 3.5 5.2

% of US RDA*
Vitamin A 18 12
Thiamin, B1 — 51.3
Riboflavin, B2 — 46.7
Niacin 34 94.5
Vitamin C 66.7 8
Calcium 4.3 73.8
Phosphorus 43.8 78.8
Iron 60 300
Sodium <0.1 0.2
Potassium — 138
* Percent of recommended daily allowance set by FDA, assuming a 154 lb male adult, 2700 calories per day.

Larangan Mengenai Kurma
Nabi telah melarang memakan kurma dalam beberapa situasi.
Situasi 1,
Hadis jabir bin abdullah al-ansariy r.a.:
Bahawa Nabi Muhammad SAW menegah mencampurkan anggur kering dan kurmaatau mencampurkan antara kurma muda dan kurma masak.
Situasi 2’ Hadis Ibnu Umar r.a.:
Diriwayatkan daripada Jabalah bin Sulaim r.a. katanya;
“Ibnu Az-Zubair r.a. pernah memberikan kami buah kurma. Ketika itu orang ramai sedang ditimpa kesusahan. Pada waktu kami sedang makan tiba-tiba datang Ibnu Umar. Dia menegur dengan katanya: Jangan kamu mengambil dua biji kurma sekaligus. Hal demikian kerana Rasulullah SAW telah melarang perbuatan tersebut kecuali setelah seseorang itu mendapat izin terlebih dahulu daripada temannya.”

Posted on October 14, 2011, in Al-Quran, Foods and Drink and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: