Mencari Cinta Hakiki

Semalam wanhayati telah hadir ke ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Mizan Mohd Nor yang bertajuk Mencari Cinta Hakiki. Menarik sungguh ceramah yang disampaikan oleh ustaz…dengan kelakarnya, dengan nasihat yang penuh berhematnya, dengan bacaan ayat suci al-Quran (bacaan ustaz sungguh merdu sehingga menusuk kalbu lagi sedap dari nyanyian-nyanyian lagu kat radio/mp3, wanhayati ada rekod sikit kalau boleh download kat sini bagus juga ya) dan juga huraian-huraian ayat-ayat al-Quran yang membuatkan wanhayati tersentuh hati dan sedar akan kealpaan dan kebodohan diri (memang tak malu dah nak mengaku yang diri ini bodoh dan alpa sebab dah banyak benda yang kita rugi dalam hidup disebabkan kita lalai, leka dan tertipu).

Contoh perkara yang paling mudah yang membuatkan wanhayati rasa diri ini rugi dan bodoh ialah tentang doa. Ok…sambung balik situsasi masa kat dewan…

Ustaz cakap, “sebelum kita mulakan majlis ini marilah kita sama-sama membaca doa, tapi sebelum tu ustaz nak pesan apa yang Sheikh ustaz pesan. sheikh ustaz cakap bila kita berdoa kita kena bersungguh dan yakin ini kerana kalau kita boleh nampak doa-doa kita itu diangkat ke langit kita pasti akan sentiasa berdoa dengan penuh keikhlasan”. Untuk buka majlis kitakan biasanya baca alfatihah, jadi ustaz berpesan” ikhlaskan hati dan percaya ayat yang kita nak baca itu adalah ayat Allah, kalam Allah dimana bergegar langit, sewaktu ayat-ayat Allah diturunkan, tertunduk unta dan berpeluh baginda Rasulullah S.A.W ketika menerima ayat-ayat Allah dari malaikat Jibril.” itulahkan….wanhayati rasa bodoh sangat kerana setiap kali majlis dibuka kita semua baca fatihah tu sekadar ambil syarat je, tidak hormat langsung sewaktu membaca ayat Allah alFatihah. selepas itu ustaz pun membuka majlis dengan alunan ayat Allah alfatihah (hm… merdunya…rasa-rasa time tu juga nak gi depan cakap dengan ustaz, ustaz saya nak belajar baca quran macam ustaz, time tu juga rasa bodohnya aku waktu baca Quran tak pernah nak baca elok-elok).

Pesan ustaz yang kedua adalah dari hadis Nabi S.A.W yang bermaksud (lebih kurang ya maksudnya nanti tolong cek, kalau ada masa boleh betulkan pada komen), “sesiapa yang berusaha mencari satu jalan dari jalan-jalan Allah, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga”. maksudnya kita semua kenalah sentiasa mencari ilmu-ilmu agama yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah. ini kerana ilmulah yang menggerakkan hati  dan hati adalah raja dan ketua bagi anggota badan.

Pesan ustaz yang ketiga “manusia adalah khalifah Allah, makmurkan alam ini. semua makhluk akan diadili termasuklah haiwan. di padang mahsyar Allah akan hidupkan semula. bagi kes haiwan dengan manusia Allah akan adili hatta haiwan dengan haiwan pun Allah adili…cuma selepas diadili haiwan ini akan di jadikan semula kepada tanah (kuntum turaaba=kembalilah kamu kepada tanah). sehinggakan pada ketika itu manusia-manusia yang rugi pin meminta kepada Allah, jadikanlah kamu kepada tanah tapi tidak kerana tempat manusia samada di SYURGA atau NERAKA.

pesan ustaz yang keempat jangan berpura-pura dalam agama dan ibadah kerana Allah itu Maha Mengetahui, kelak walaupun kita mengaku yang kita beriman tapi Allah lebih mengetahuinya. dari hadis Nabi SAW yang berksud “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasih Allah dan RasulNya melebihi dari segalanya”.

Pesan Sheikh kepada ustaz “Carilah dua jenis ilmu iaitu yang pertama, ilmu yang dapat memajukan kamu di dunia dan yang kedua ilmu yang dapat menghidupkan roh kamu dalam mencintai Allah.

sentiasalah bermuhasabah diri kerana ianya amalan salafussoleh (orang-orang soleh).

sentisalah bersungguh dalam ketaatan kerana roh solat dan roh ilmu hanya diperolehi bagi mereka yang bersungguh.

Ustaz berkongsi maksud surah al-Baqarah ayat 1 – 5

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Alif, Laam, Miim.

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

 

cuba semak diri kita ada tak ciri-ciri orang yang bertaqwa yang Allah terangkan dalam surah ak-Baqa

 

pesan ustaz lagi; Allah itu baik, Allah akan sentiasa mengampuni hamba-hambaNya ustaz menerangkan dari ayat Allah yang menunjukkan Allah itu baik (wanhayati tidak tahu surah mana kerana ustaz tak bagi tahu…dan maksud disini tidaklah setepat maksud sebenar) iaitu “nun di sana ada hamba;hambaKu yang berdosa, menzalimi dirinya sendiri. tiba-tiba sampai suatu masa dia ingat Allah dan ingin betaubat”. Bagi mereka yang ingin bertaubat Allah berkata ” siapakah yang akan mengampuni kamu melainkan Aku”.

Banyak lagi yang ustaz share…tapi rasanya itu sahaja yang wanhayati mampu share sekarang.  kalau ada salah silap di sini minta maaf dan untuk ayat-ayat Allah dan hadis Nabi kalau sesiapa tahu sumbernya silalah kongsi kat komen ya. terima kasih.

Posted on June 28, 2012, in Al-Quran, Cinta/Love, Wanhayati. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: