Tundukkan Pandangan, sucikan Hati

Dari forward email sahabat kepada wanhayati pada 15 Jan 2006.

Assalammualaikum…buat pembaca-pembaca budiman,sekadar renungan kita bersama…

Kesyumulan Islam itu tidak dapat dipertikaikan lagi dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya tidak dipandang sunyi oleh Islam.Bahkan dari segenap aspek turut dititik beratkan kepada penganutnya agar dapat melahirkan hamba Allah yang soleh dan patuh kepadaNya.Di situlah kekuatan agama suci Allah yang mana amat beruntung bagi orang-orang yang memahami keindahan Islam itu.Antara aspek yang dititik beratkan oleh Islam adalah tundukkan pandangan.

Tundukkan pandangan merupakan amalan yang dianggap remeh dan diambil mudah segelintir dari kita.Ia berikutan menundukkan pandangan seolah-olah tidak memberi apa-apa impak kepada diri mahupun masyarakat.Namun,sebagai muslim sejati tundukkan pandangan adalah suatu suruhan Illahi yang tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan diri individu itu sendiri meskipun kesannya tidak kepada masyarakat secara total sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya,

“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” 

(surah an-nur:30-31)

       Sabda Rasulullah SAW mafhumnya

” Jaminlah kalian kepadaku akan 6perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain”

(riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)

      Mata antara anugerah tidak ternilai Allah kepada manusia. Ia merupakan bukti kesempurnaan Yang Maha Agung dan rahmat untuk kita. Justeru menyedari hakikat ini, sewajarnya anugerah itu dipelihara sebaik mungkin agar tidak merosakkan anggota-anggota lain.

Tundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan dan syubhah telah termaktub di dalam al-quran sebagaimana yang disebutkan di awal tadi.Allah SWT mengaitkan perintah tundukkan pandangan dengan pelihara kemaluan seiringan seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa dengan pandangan akan menyebabkan pelbagai perkara buruk terutamanya zina.Dimanakah logiknya? Muslim yg beriman sekali-kali tidak akan mempersoalkan kelogikan suruhan Allah kerana sesuatu yg diperintahkan kepada kita demi kebaikan manusia dan selari dgn fitrah sejagat.

      Suatu hari sahabat Fudhail Ibn Abbas RA telah menjadi peserta yg mengikut  Rasulullah SAW pada hari raya A’iduladha (10 Zulhijjah) dari Muzdalifah ke Mina. Dlm perjalanan sekumpulan wanita yg menaiki sekedup telah memukau pandangan sahabat itu. Lantas beliau melihatnya.Maka serta-merta Rasulullah SAW menolak kepalanya ke arah lain utk menghalang dari melihat ke arah wanita-wanita itu.

(riwayat Bukhari,Muslim&Tarmizi)

      Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan situasi yang mengharuskan pandangan.Antaranya ketika bermuamalah,persaksian,menuntut ilmu,merawat dan pertunangan.Sungguhpun begitu,tidaklah sampai menimbulkan fitnah dan melampaui batas-batas syariat.

       10 faedah tundukkan pandangan:

1) sebagai salah-satu jalan mensucikan hati

2) menutup pintu-pintu fitnah

3) mengosongkan hati dari kekusutan

4) memudahkan ilmu sampai ke hati

5) mewariskan kemahiran dan kebijaksaan serta cahaya penglihatan

6) Allah menggantikan tundukkan pandangan dgn nur penglihatan hakiki

7) mewariskan kekuatan, istiqomah dan keberanian di hati

8) mewariskan kegembiraan dan kesenangan di hati melebihi dari kelazatan pandangan.

9) meleraikan ikatan syahwat, hawa nafsu dan kelalaian yg terbuku di hati

10) menutup salah-satu pintu neraka.

       Melihat kepada kebanyakan kerosakan dan kemaksiatan yang berlaku berpunca dari pandangan mata, maka wajarlah ia dibendung dari awal kerana dengan mata akan turun ke hati dan dari kerosakan hati akan mencetuskan pelbagai kemaksiatan yang lain yang akhirnya membawa ke neraka. Na’uzibillah in zalik.

Oleh itu peliharalah pandangan anda. Sekiranya anda seorang penuntut ilmu maka tundukkan pandangan itu adalah penyebab mudahnya ilmu sampai ke hati kerana ilmu Allah nur dan nur Allah tidak akan masuk ke dalam hati-hati yg dipenuhi maksiat.Maksiat hati berpunca daripada pandangan kerana pandangan adalah panahan iblis yg tajam.

Allah Ta’al telah menjadikan mata sebagai cermin bagi hati.Apabila tunduknya pandangan mata maka tertunduklah syahwat dan keinginan yang lahir dari hati.Dan apabila mendongakkan pandangan, seolah-olah mengundang syahwat dan nafsu di hati.Renungilah kalamullah yang mafhumnya:”Dia mengetahui (pandangan) mata yg khianat dan apa yg disembunyikan oleh hati”

Moga dengan sedikit renungan ini mampu mengubah diri kita bersama.Seandainya kita tidak mampu utk melakukan semua akan tetapi janganlah ditinggalkan semua.Muhasabahlah diri kita sebelum tibanya waktu yg dijanjikan.Wallahu a’lam…sebar-sebarkan..nasihat ini.Terima kasih…jazakallahu khair.

Posted on July 11, 2012, in Al-Quran, Cara Hidup, kehidupan, Ponder and tagged , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: