Category Archives: Business

Hepi dengan HAPPY

Dulu aku adalah pelanggan celcom postpaid dan kemudian digi postpaid. Pada pendapat aku melanggan postpaid adalah lebih jimat. Kemudian ada sekali aku tak bayar maklum ajela bila dah guna postpaid kadang-kadang terlajak hingga dua tiga ratus sebulan. So bila dah terlebih guna terus la panggilan keluar aku di sekat. Bila dah disekat maksudnya nak kena settle la semua hutang tu, mana nak cari dua tiga ratus di tengah-tengah bulan ni. so aku mencari alternatif dengan membeli starter pack baru yang menjadi pilihan pelajar-pelajar ataupun orang-orang yang tak suka berhutang iaitu prepaid. Masa survey nak guna line mana aku tertarik dengan slogan “ ANDA JAWAB KAMI BAYAR”. Wah! Hebat ni, rupa-rupanya bagi setiap seminit panggilan yang kita jawab dari sesiapa sahaja samada dia guna line happy ke tidak ke syarikat happy akan bayar kita RM0.03 maksudnya 3 sen. Kalau 10 minit dan 30 sen dan kalau dah sejam maksudnya RM1.80. Wah! Makcik kayo. Kalau dah hari-hari bergayut dengan my hubby 1 jam sebulan dah boleh dapat RM 0.03 x 60 minit x 30 hari dapat RM 54. Wah!…………..banyaknya dapat jimat. Lagi satu kalau guna postpaid dia orang kenakan tax. Walaupun kita tengok offer bagi postpaid lebih menarik tapi bila dah kena  bayar tax sama je. Sekarang ni aku adalah pengguna happy yang setia. Mana tak setia, aku sendiri ada tiga nombor dengan happy lepas tu promote pula untuk orang lain. Macam mana tak beli banyak nombor beli nombor baru lagi murah dari beli top up. Yang terbaru aku beli bila tengok nombor dia cantik then aku tanya auntie tu how much? Dia jawab “ RM15.00 dalam ada RM21.50.  Lagi satu kos panggilan untuk friend and familyhanya 8 sen seminit dan lain-lain numberber 15 sen. Lagi bila aku nak online (bagi sesiapa yang guna smartphone) aku guna je handphone aku sebagai device untuk online charge dia hanya RM3 sehari. Ok la tu untuk pengguna seperti aku, bukannya online hari-hari. Cuma sometimes nak baca-baca email atau update blog. Betulla untung guna happy. “So maghi kita rama-rama pakat guna hepi. Hepi sungguh dengan happy” (baca dalam loghat kelantan).

Produk & Pulangan
Pek SIM dijual pada harga RM7, dengan kredit tersedia sebanyak RM4.
Servis Kadar
Teman Happy

  • Kadar Panggilan untuk Teman Happy
  • Kadar SMS untuk Teman Happy
  • Berapa nombor untuk Teman Happy
  • Bagaimana menambah nombor Teman Happy
8 sen / min

(60 saat / blok)
PERCUMA
5 nombor
Taip *128*4# dan hantar

Pertukaran/penambahan nombor Teman Happy™ adalah percuma sehingga 8 kali. Selepas itu, pelanggan akan dicaj RM2 untuk setiap satu nombor
Panggilan suara tempatan

  • Kepada semua rangkaian –bagi panggilan yang di buat dalam negeri Kelantan & Terengganu
  • Kepada semua rangkaian – bagi panggilan di buat di luar negeri Kelantan & Terengganu
15 sen / min

(60 saat / blok)
30 sen / min

(30 saat / blok)
SMS
  • Rangkaian sama
  • Rangkaian lain
1 sen / SMS
6 sen / SMS
MMS
  • Kepada semua rangkaian
25 sen / MMS
Internet 10 sen / 10 kb
Tidak perlu bayar lebih daripada RM3 sehari
Nikmati penggunaan internet PERCUMA sepanjang hari setelah penggunaan harian anda mencapai RM3
Khidmat Pelanggan 0143333800 15 sen / min
Tempoh Sahlaku Tambah Nilai RM 1 = 1 hari
> RM100 = 120 hari
Mudah Alih ke Nombor Tol Percuma (1300) RM0.36/minit
(30 saat / blok)
Mudah Alih ke Nombor Telefon Percuma (1800) RM0.00/minit
(30 saat / blok)
Anda Jawab Happy Bayar

Dapatkan pulangan hebat dengan hanya menjawab panggilan domestik!
1 minit panggilan masuk= 3 sen
Bonus Tambah Nilai Suku Tahun

Tambah nilai minimum sebanyak RM120 dalam masa 3 bulan dan dapatkan pulangan hebat
  • Tambah nilai > RM120, dapatkan tambahan 3% masa bualan
  • Tambah nilai> RM 250, dapatkan tambahan 8% masa bualan
  • Tambah Nilai > RM 500, dapatkan tambahan 12% masa bualan

5 kerja hebat boleh dilakukan dari rumah

5 Great Jobs you can do From Home

by Joe Taylor Jr.

Great Jobs to Do from HomeClogged interstates and expanding suburbs have pushed commute times in some cities above the two-hour mark. Meanwhile, school schedules, extracurricular activities, and rising child care costs have placed greater burdens on working parents. For many adults, working from home offers both a cost savings and a quality of life improvement that the entire family can enjoy.

Before you take the plunge into the home-based job pool, consider what sort of education you’ll need to gain clients and do the best job for them. An online career training program may be the shortest path to your work-at-home goals. Thanks to new technology, you can bring your work home with you–and keep it there. These five careers offer enjoyable job duties, flexible hours, good pay, and no commute.

1. Database Administrator

As businesses of all sizes rely on complex customer relationship management systems and information technology networks, a growing army of freelance database administrators provide the same level of technical support once enjoyed only by Fortune 500 companies. Meanwhile, more large companies now allow database administrators to work from home. Many database administrator jobs require flexible hours and on-call scheduling, which also makes them ideal for working parents who want to make more time for their kids. By earning a bachelor’s degree in information technology and passing a certification exam, you can start earning $60,000 or more per year as a home-based database administrator.

var zflag_nid=”203″; var zflag_cid=”211527/211461/10″; var zflag_sid=”5074″; var zflag_width=”200″; var zflag_height=”200″; var zflag_sz=”81″;

2. HR Recruiter

In a tightening economy, it’s crucial for companies to find the right team members as quickly as possible. With a typical job search costing as much as one third of a position’s annual salary, more businesses hire professional recruiters to speed up the hiring process. While some recruiters travel to meet with potential candidates individually, most recruiters perform their work online and over the phone. Many HR recruiters start their careers as associates with larger agencies, earning $41,000 or more per year. By getting an online business degree specializing in human resources and building experience and a portfolio of successful placement, a home-based recruiter can even go solo, working from home exclusively.

3. Graphic Designer

Now that high-end graphic design workstations cost less than $4,000, many talented graphic designers can easily set up home offices. Whether telecommuting for an employer or working as a freelance professional, a home-based graphic designer can often earn more than $38,000 per year. Competition for graphic design jobs is still intense, so a degree in digital graphic design and a solid portfolio are essential to landing a home-based job. For the home-based student, online graphic design degrees are also available.

4. Medical Transcriptionist

A growing number of medical offices have discovered how to reduce their overhead by outsourcing transcription of patient records. After completing the required medical administration training courses and certification exams, home-based medical transcriptionists can earn $27,000 or more per year. Communicating via dedicated fax and internet lines, doctors and nurses send sensitive and urgent information to transcriptionists, who turn those notes into consistent data for hospital and insurance computer systems. Medical transcriptionists with a background in sales and marketing can usually expand their practices by training and hiring additional transcriptionists.

5. Customer Service Specialist

Airlines started using home-based customer service specialists a few years ago, in response to consumer backlash to overseas call centers. Banks, insurance agencies, and credit card issuers have followed suit, opening up new opportunities for people who love to solve problems but who prefer to work from home. Courses and degrees in business and customer support can prepare you for this home-based career. Employers pay for dedicated telephone lines and often provide reimbursement for headsets, computers, online degree classes, and other customer service necessities. Most home-based customer service specialists earn $27,000 or more per year.

Look Before You Leap Into Working From Home…

Though the benefits are many, working from home in any of these five careers can pose certain challenges. For instance, you’ll need to teach children not to disturb you while you handle customer calls. Veteran work-at-home professionals reveal that it took some time for household members to realize that they work at full time jobs that require concentration. Also keep in mind that most employers and clients will expect you to have a degree, training, or both in your chosen field. Still, the benefits of working from home far outweigh the disadvantages. Americans are uniquely suited to telecommuting jobs, and online career training programs make learning job skills easier than ever.

The Little Khalifah Shop pusat aktiviti Islamik

ROSLINAH DAUD.


TENTU ramai yang tidak sanggup meninggalkan kerusi empuk, bilik berhawa dingin dan gaji lumayan, hanya kerana ingin menceburi satu bidang yang diakui mencabar dan berisiko tinggi iaitu dunia perniagaan.

Namun, tidak bagi pemilik tunggal The Little Khalifah Shop, Roslinah Daud yang mengambil keputusan muktamad berhenti kerja dan melepaskan segala keistimewaan bergelar pengurus operasi sebuah syarikat kewangan pada November 2006 demi menguruskan perniagaannya secara sepenuh masa, sekali gus merealisasikan impian mewujudkan generasi perubah (transforming generation) seiring dengan landasan Islam.

Wawancara wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto NOOR AZLINA JAAFAR dengan Roslinah, 36, di The Little Khalifah Shop yang terletak di 2750A, Mezzanine Floor, Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Ulu Klang, Kuala Lumpur cuba berkongsi iltizamnya dalam memenuhi peranan setiap manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimanakah The Little Khalifah Shop bermula dan terangkan serba ringkas tentang perniagaan yang diusahakan?

ROSLINAH: The Little Khalifah Shop telah ditubuhkan pada November 2003 sebagai kedai buku agama kanak-kanak siber. Kemudian, ia telah dibuka secara fizikal pada Mei 2004 atas permintaan yang tinggi dan juga sambutan yang baik. Pada Julai 2006, kami telah berpindah dari Wangsa Maju ke lokasi sekarang iaitu di Taman Permata, Ulu Klang.

The Little Khalifah Shop ialah sebuah kedai yang menyediakan platform dan bahan-bahan untuk kanak-kanak Islam yang mana dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak menjadi seorang Muslim yang sebaiknya serta memenuhi tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah. Jadi, kesemua bahan yang terdapat di sini adalah berlandaskan Islam atau nilai moral yang baik, sama ada buku, beg, pin, permainan atau pun pakaian.

Alhamdulillah, kini ia telah berkembang di mana aktiviti-aktiviti kanak-kanak Islam juga diadakan. Antaranya; Sesi Bercerita Islamik (Islamic Story Telling), Seni Kraftangan (Art Attack Style) yang berlandaskan cerita Islamik, Kelas Memasak Kanak-kanak, Kelas Menjahit Kanak-kanak, Kelas Solat, Bengkel Sains dan sebagainya.

Terkini, kami juga telah membuka sebuah butik untuk kanak-kanak serta ibu Muslimah yang menyediakan pakaian-pakaian menutup aurat seperti baju mandi Muslimah, baju kanak-kanak yang lengkap dengan tudung serta kemeja T labuh untuk ibu serta kanak-kanak perempuan.

Mengapa perniagaan ini yang dipilih dan tidak kepada bentuk perniagaan lain?

ROSLINAH: semuanya bermula selepas berjumpa dengan seorang pakar psikologi kanak-kanak terkenal, Allahyarham Professor Muhammad Al-Mahdi. Beliau telah mencetuskan idea-idea pembentukan keperibadian cemerlang di dalam diri anak melalui Projek Khalifah.

Beliau telah meyakinkan kami bahawa keadaan masyarakat sekarang yang semakin merosot dari segi pembangunan sosial dan akhlaknya dapat dipulihkan dengan membekalkan mereka dua perkara asas iaitu; pandangan dunia yang betul dan tepat yang berlandaskan al-Quran dan sunah serta pengetahuan mengenai Hukum Pembelajaran, iaitu bagaimana pemikiran dan keperibadian seseorang insan itu terbentuk.

Rentetan dari situ maka kami telah mengasaskan The Little Khalifah Shop untuk mengembangkan Projek Khalifah dengan tujuan untuk merealisasikan idea ini dengan lebih cepat dan efektif serta mewujudkan generasi per ubah (transforming generation). Kami yakin dengan penubuhan The Little Khalifah Shop, ia dapat menyediakan platform bagi ibu bapa dan kanak-kanak secara terus dan dengan kaedah yang menyeronokkan. Kami juga merasakan ini adalah tuntutan fardu kifayah untuk membuka kedai yang menjual barangan untuk kanak-kanak Islam kerana belum ada lagi kedai seumpama itu sebelum ini.

Apakah usaha yang dijalankan untuk mengembangkan lagi perniagaan atau perancangan akan datang?

ROSLINAH: The Little Khalifah Shop ditubuhkan atas dasar kasih sayang ke atas semua kanak-kanak serta atas dasar ingin memberi sesuatu yang cantik dan baik kepada anak-anak Muslim. Ia merupakan satu sumbangan kecil kami kepada ummah dan kami berharap ibu bapa akan terus memberikan sokongan di atas usaha dan aktiviti kami supaya kami dapat mengembangkan lagi kedai kami untuk menjadi sebuah pusat sehenti (one-stop-center) bagi ibu bapa mendapatkan bahan-bahan untuk anak-anak mereka supaya mereka boleh membesar menjadi seorang Khalifah Allah yang baik.

Sejajar dengan matlamat kami, The Little Khalifah Shop kini telah dibahagikan kepada 6 divisyen:

*Kedai Buku Little Khalifah

*Butik Little Khalifah

*Kedai Alat Tulis Little Khalifah

*Kedai Audio/Video Little Khalifah

*Kedai Mainan Little Khalifah

*Pusat Aktiviti Little Khalifah

Pada 9 Ogos lalu, kami juga telah mencapai satu lagi kejayaan di mana kami telah menyediakan perkhidmatan secara online untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat datang ke kedai kami. Orang ramai boleh mengunjungi gedung membeli belah keluarga yang diwujudkan secara maya di laman web kami http://www.littlekhalifahshop.com untuk membeli bahan-bahan dari kedai kami.

Pada masa akan datang pula, kami juga bercadang membuka Kafe Little Khalifah di mana kami berharap dapat menyediakan makanan yang enak dan berkhasiat untuk anak-anak.

Apakah cabaran yang dihadapi dalam bidang ini dan bagaimana anda mengatasinya?

ROSLINAH: Cabaran yang dihadapi dalam bidang ini adalah menyebarkan maklumat mengenai The Little Khalifah Shop kepada ibu bapa agar mereka dapat menggunakan fasiliti atau bahan yang telah kami sediakan di dalam proses pembangunan insan anak-anak mereka.

Bagi mengatasi cabaran ini, kami sentiasa mencari peluang-peluang atau saluran-saluran yang baru untuk menyampaikan mesej baik ini. Buat masa ini, kami menyebarkan maklumat melalui e-mel, laman web kami di http://www.littlekhalifahshop.com, keahlian percuma The Little Khalifah Club, SMS dan juga sebaran mulut ke mulut.

Kepuasan bagaimanakah yang diperoleh dalam bidang ini?

ROSLINAH: Kepuasan yang diperoleh di sini merangkumi segala aspek daripada keluarga, kawan-kawan, masyarakat dan juga ekonomi. Di sini, saya dapat melihat impak hasil kerja kami secara langsung kepada kanak-kanak tersebut di dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Khalifah Allah dan juga kepuasan apabila mengetahui bahawa kami telah menyumbang sedikit usaha sebagai permulaan arus perubahan merealisasikan generasi perubah (transforming generation). Insya-Allah.

Sebagai seorang korporat Muslim, bagaimana pandangan anda mengenai saranan Islam iaitu 9/10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Ulaskan?

ROSLINAH: Saranan ini sangat bertepatan dengan kajian dan konsep tentang ekonomi Islam berbanding dengan ekonomi konvensional. Asas ekonomi Islam adalah perniagaan (Bai’) berbanding dengan ekonomi konvensional ia itu penabungan. Oleh itu, galakan berniaga adalah tunggak bagi menjayakan ekonomi Islam yang mana ia dapat menjanjikan keadilan kewangan kepada masyarakat.

Alhamdulillah dengan kejayaan yang dicapai, bagaimana pula sumbangan anda kepada orang terdekat dan mereka yang berada di sekeliling?

ROSLINAH: Saya berharap dengan memulakan riak-riak kecil arus perubahan minda kepada ibu bapa dan anak-anak amnya, orang terdekat dan mereka yang berada di sekeliling juga akan merasa dan mengikuti arus per ubahan minda yang menjurus ke arah kebaikan.

Hakikatnya, semua orang mampu melakukan perubahan dan sekiranya masyarakat bersatu dan menyumbang sedikit tenaga dan usaha, insya-Allah, ia mampu membentuk gelombang yang lebih besar yang dapat merealisasikan usaha menjadikan dunia ini lebih baik pada masa akan datang.