Category Archives: Cara Hidup

Kami Design Je! U Pakai Kenapa?

 

Advertisements

Tundukkan Pandangan, sucikan Hati

Dari forward email sahabat kepada wanhayati pada 15 Jan 2006.

Assalammualaikum…buat pembaca-pembaca budiman,sekadar renungan kita bersama…

Kesyumulan Islam itu tidak dapat dipertikaikan lagi dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya tidak dipandang sunyi oleh Islam.Bahkan dari segenap aspek turut dititik beratkan kepada penganutnya agar dapat melahirkan hamba Allah yang soleh dan patuh kepadaNya.Di situlah kekuatan agama suci Allah yang mana amat beruntung bagi orang-orang yang memahami keindahan Islam itu.Antara aspek yang dititik beratkan oleh Islam adalah tundukkan pandangan.

Tundukkan pandangan merupakan amalan yang dianggap remeh dan diambil mudah segelintir dari kita.Ia berikutan menundukkan pandangan seolah-olah tidak memberi apa-apa impak kepada diri mahupun masyarakat.Namun,sebagai muslim sejati tundukkan pandangan adalah suatu suruhan Illahi yang tidak boleh dipandang mudah kerana ia melibatkan diri individu itu sendiri meskipun kesannya tidak kepada masyarakat secara total sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya,

“katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan-pandangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat.Katakanlah kpd wanita-wanita yg beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” 

(surah an-nur:30-31)

       Sabda Rasulullah SAW mafhumnya

” Jaminlah kalian kepadaku akan 6perkara ini nescaya aku jamin syurga utk kalian; iaitu bercakap benar dlm percakapan,menunaikan janji,melaksanakan amanah,memelihara kemaluan,menundukkan pandangan, dan menghindari dari menyakiti org lain”

(riwayat Ahmad,Ibn Dunya,Ibn Hibban dan al-hakim)

      Mata antara anugerah tidak ternilai Allah kepada manusia. Ia merupakan bukti kesempurnaan Yang Maha Agung dan rahmat untuk kita. Justeru menyedari hakikat ini, sewajarnya anugerah itu dipelihara sebaik mungkin agar tidak merosakkan anggota-anggota lain.

Tundukkan pandangan dari melihat perkara-perkara yang diharamkan dan syubhah telah termaktub di dalam al-quran sebagaimana yang disebutkan di awal tadi.Allah SWT mengaitkan perintah tundukkan pandangan dengan pelihara kemaluan seiringan seolah-olah membuktikan kepada kita bahawa dengan pandangan akan menyebabkan pelbagai perkara buruk terutamanya zina.Dimanakah logiknya? Muslim yg beriman sekali-kali tidak akan mempersoalkan kelogikan suruhan Allah kerana sesuatu yg diperintahkan kepada kita demi kebaikan manusia dan selari dgn fitrah sejagat.

      Suatu hari sahabat Fudhail Ibn Abbas RA telah menjadi peserta yg mengikut  Rasulullah SAW pada hari raya A’iduladha (10 Zulhijjah) dari Muzdalifah ke Mina. Dlm perjalanan sekumpulan wanita yg menaiki sekedup telah memukau pandangan sahabat itu. Lantas beliau melihatnya.Maka serta-merta Rasulullah SAW menolak kepalanya ke arah lain utk menghalang dari melihat ke arah wanita-wanita itu.

(riwayat Bukhari,Muslim&Tarmizi)

      Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan situasi yang mengharuskan pandangan.Antaranya ketika bermuamalah,persaksian,menuntut ilmu,merawat dan pertunangan.Sungguhpun begitu,tidaklah sampai menimbulkan fitnah dan melampaui batas-batas syariat.

       10 faedah tundukkan pandangan:

1) sebagai salah-satu jalan mensucikan hati

2) menutup pintu-pintu fitnah

3) mengosongkan hati dari kekusutan

4) memudahkan ilmu sampai ke hati

5) mewariskan kemahiran dan kebijaksaan serta cahaya penglihatan

6) Allah menggantikan tundukkan pandangan dgn nur penglihatan hakiki

7) mewariskan kekuatan, istiqomah dan keberanian di hati

8) mewariskan kegembiraan dan kesenangan di hati melebihi dari kelazatan pandangan.

9) meleraikan ikatan syahwat, hawa nafsu dan kelalaian yg terbuku di hati

10) menutup salah-satu pintu neraka.

       Melihat kepada kebanyakan kerosakan dan kemaksiatan yang berlaku berpunca dari pandangan mata, maka wajarlah ia dibendung dari awal kerana dengan mata akan turun ke hati dan dari kerosakan hati akan mencetuskan pelbagai kemaksiatan yang lain yang akhirnya membawa ke neraka. Na’uzibillah in zalik.

Oleh itu peliharalah pandangan anda. Sekiranya anda seorang penuntut ilmu maka tundukkan pandangan itu adalah penyebab mudahnya ilmu sampai ke hati kerana ilmu Allah nur dan nur Allah tidak akan masuk ke dalam hati-hati yg dipenuhi maksiat.Maksiat hati berpunca daripada pandangan kerana pandangan adalah panahan iblis yg tajam.

Allah Ta’al telah menjadikan mata sebagai cermin bagi hati.Apabila tunduknya pandangan mata maka tertunduklah syahwat dan keinginan yang lahir dari hati.Dan apabila mendongakkan pandangan, seolah-olah mengundang syahwat dan nafsu di hati.Renungilah kalamullah yang mafhumnya:”Dia mengetahui (pandangan) mata yg khianat dan apa yg disembunyikan oleh hati”

Moga dengan sedikit renungan ini mampu mengubah diri kita bersama.Seandainya kita tidak mampu utk melakukan semua akan tetapi janganlah ditinggalkan semua.Muhasabahlah diri kita sebelum tibanya waktu yg dijanjikan.Wallahu a’lam…sebar-sebarkan..nasihat ini.Terima kasih…jazakallahu khair.

Walking

Just check this out…… 
The Organs of your body have their sensory touches at the bottom of your foot, if you massage these points you will find relief from aches and pains as you can see the organs are on right and left foot, the heart is on the left foot. 

This time, it put organs on the feet as they are. Typically they are shown as points and arrows to show which organ it connects to. 
 
It is indeed correct since the nerves connected to these organs terminate here. 

 
This is covered in great details in Acupressure studies or textbooks.
 
 
Allah created our body so well that He thought of even this. He made us walk so that we will always be pressing these pressure points and thus keeping these organs activated at all times. 

 
So, keep walking…

Rasulullah SAW also like walking.

Petua Murah Rezeki

Assalamualaikum. Kisah di bawah mengingatkan wanhayati kisah masa kecil-kecil dulu. Ketika remaja lebih kurang dalam tingkatan 3, wanhayati turun dari bas selepas balik dari sekolah. Bas tu betul-betul berhenti depan rumah wanhayati. kebetulan masa tu mak ada kat depan rumah so dia nampakla wanhayati. dia tersenyum melihat wanhayati yang balik sekolah kepenatan. Mak menuju ke arah wanhayati dan wanhayati bersalam dengan mak. Mak cakap ” senyumlah sikit waktu turun bas”. Wanhayati menjawab ” kenapa pula nak senyum-senyum, nanti orang cakap apa senyum sorang-sorang”. Pandainyala wanhayati menjawab mulut mak waktu tu kan. sekarang bila dah makin besar dan dah baca kisah di bawah barulah wanhayati sedar yang wanhayati ni bodoh sebenarnya. Satunya bodoh sebab menjawab mulut mak, kedua bodoh sebab apa yang mak cakap tu Rasululah SAW dah suruh. Di sini wanhayati kongsi kisah yang wanhayati baca dari forward email yang wanhayati dapat pada 1 Jan 2006. Semoga Allah mengurniakan kebijaksanaan kepada kita semua. amin.

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan  keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan Guru, sepanjang hidupsaya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri. Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak  erteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Empat Jenis Manusia Di Dunia…dimanakah kita?

Forward email yang wanhayati dapat dari sahabat pada 1 Jan 2006. Semoga kita sama-sama dapat merenung dimanakah golongan kita. Wallahhuawa’lam

(Petikan Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.)

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
3. Mereka mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
4. Mereka yang bijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib)

Pertama ialah mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.

 

Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan

1. Ilmu Ketuhanan,

2. Guru kepada yang baik,

3. Pembimbing kepada agama Allah,

4. Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.

 

Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul-rasul.

Nabi Muhammad SAW. pernah bersabda kepada Sayyidina Alli;

“Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit”.

Kedua Satu jenis lagi manusia ialah mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.

Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.

Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Sholeh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.

Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

“Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang ‘Alim yang jahat”.

Kita berlindung dengan Allah daripada orang ‘Alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan apoi dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

Ketiga Jenis yang ketiga ialah golongan orang yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman.

Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerena bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam “DIAM” dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

“Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan”.

Sabda baginda lagi;

“Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam”.

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allh dan hamba-hambanya yang Sholeh.

Kemapat Jenis manusia yang keempat pula ialah mereka yang bijak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;

‘Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan”.

Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain. Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya. Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu “Orang-orang Allah”. Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.

Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.

Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak dan keampunanNya.

Jadi saya(Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani) telah bahagikan manusi itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada kamu untuk memeriksa diri kamu sendiri jika kamu mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kamu jika kamu ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhoiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.

 

CAMPAIGN: VOICE MAIL DEACTIVATION


Unnecessary recorded voice mail is totally a waste on resource, money, time and the most important thing is I reluctant to be charged by the telecommunication companies for just no purpose but just listening to “your call has been forwarded, bla…bla…bla Even that Some people still asking me, WHY WE HAVE TO DEACTIVATE OUR VOICEMAIL? To answer that question I leave u with three scenarios.

1st Scenario

PSMZA have about 5000 student, and this 5000 students want to call Mr. AX who use Telco ABC who provided Voicemail automatically to Mr. AX since he subscribed his mobile line. One day all this 5000 students want to call Mr. AX. All of them couldn’t reach Mr AX so they definitely will reach the voicemail. This company has charged for one voicemail RM0.15. Can u believe that in one day just for one person (Mr AX) they could make RM 0.15 x 5000 students = RM 750. That only for one day what about 7 days, RM 0.15 x 5000 students x 7 days = RM5250. Don’t u think this money is so much better if we could donate to Tsunami victims, poor people or orphan house.

2nd Scenario

Average I will make a call at least to ten person every day. Out of ten only 5 person answer my call but the rest will reach voicemail box. That meant every day I will lose my money about RM 0.15 x 5 = RM 0.75. Just imagine it happened for a year. So in one year I will lose about RM 0.75 x 365 days = RM 273.75. Badly it already happened for 5 years so I already lost RM 273.75 x 5 years = RM 1368.75. I think that money is so much better if it go to my saving account.

3rd Scenario

I got really irritated this morning trying to call Maya on the mobile. I keep getting to the voicemail which comes with instruction on how to leave a voicemail?! Who needs an instruction on how to leave a voicemail? I don’t need to leave a voicemail; I just want to speak to my friend! Can you (the voice from the voicemail) get me thru my friend! Urgh! I got really irritated with the Telco, that’s the reason why I already deactivated my voicemail service.
Here’s a kind message to everyone out there. Please kindly DEACTIVATE your voicemail if you don’t need it. Seriously, you can help your friends and family save a lot of money. Oh, just in case you don’t know, YOU GET CHARGED EVERYTIME YOU GET TO A VOICEMAIL! Even for a quick “Hello, welcome to bla bla…” You still get charged!!}
”Well, I’m now to tell you the way how to disable your voicemail, so you will not cause other people to waste unnecessary $$$. However, if you think Voice Mail is really useful to you, then you should remain it. I hope the info helps you to reduce unnecessary bla…bla…bla….”

Steps to deactivate your voicemail based on your TELCO;

Digi
Active – Call 016-2211800. Deactivate – *128#, select mobile
service, voice mail and deactivate.
(After that please Activate your Miss call alert back)
MCA Activate – *128# select mobile service, voicemail and miss call alert only.

Celcom
you (number owner) have to dial 1111or 03-3630 8888 and talk to customer service and ask them to deactivate your voicemail ONLY. Please remind them to keep your Miss Call Alert (MCA). Before they deactivate the voicemail they will ask your particular like Name, I.C. Number, Address, Your mother name.

Happy
Deactivate –*128*2*4*4# this step will also cancel miss call alert (MCA) ,
Activate MCA dial *128*2*4*3*1#

Maxis
I am not sure but maybe u can try this step or just call maxis operator. Activate – *#109#
Deactivate – ##109#

Nasihat Sheikh Abdul Kadir Jailani

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Hepi dengan HAPPY

Dulu aku adalah pelanggan celcom postpaid dan kemudian digi postpaid. Pada pendapat aku melanggan postpaid adalah lebih jimat. Kemudian ada sekali aku tak bayar maklum ajela bila dah guna postpaid kadang-kadang terlajak hingga dua tiga ratus sebulan. So bila dah terlebih guna terus la panggilan keluar aku di sekat. Bila dah disekat maksudnya nak kena settle la semua hutang tu, mana nak cari dua tiga ratus di tengah-tengah bulan ni. so aku mencari alternatif dengan membeli starter pack baru yang menjadi pilihan pelajar-pelajar ataupun orang-orang yang tak suka berhutang iaitu prepaid. Masa survey nak guna line mana aku tertarik dengan slogan “ ANDA JAWAB KAMI BAYAR”. Wah! Hebat ni, rupa-rupanya bagi setiap seminit panggilan yang kita jawab dari sesiapa sahaja samada dia guna line happy ke tidak ke syarikat happy akan bayar kita RM0.03 maksudnya 3 sen. Kalau 10 minit dan 30 sen dan kalau dah sejam maksudnya RM1.80. Wah! Makcik kayo. Kalau dah hari-hari bergayut dengan my hubby 1 jam sebulan dah boleh dapat RM 0.03 x 60 minit x 30 hari dapat RM 54. Wah!…………..banyaknya dapat jimat. Lagi satu kalau guna postpaid dia orang kenakan tax. Walaupun kita tengok offer bagi postpaid lebih menarik tapi bila dah kena  bayar tax sama je. Sekarang ni aku adalah pengguna happy yang setia. Mana tak setia, aku sendiri ada tiga nombor dengan happy lepas tu promote pula untuk orang lain. Macam mana tak beli banyak nombor beli nombor baru lagi murah dari beli top up. Yang terbaru aku beli bila tengok nombor dia cantik then aku tanya auntie tu how much? Dia jawab “ RM15.00 dalam ada RM21.50.  Lagi satu kos panggilan untuk friend and familyhanya 8 sen seminit dan lain-lain numberber 15 sen. Lagi bila aku nak online (bagi sesiapa yang guna smartphone) aku guna je handphone aku sebagai device untuk online charge dia hanya RM3 sehari. Ok la tu untuk pengguna seperti aku, bukannya online hari-hari. Cuma sometimes nak baca-baca email atau update blog. Betulla untung guna happy. “So maghi kita rama-rama pakat guna hepi. Hepi sungguh dengan happy” (baca dalam loghat kelantan).

Produk & Pulangan
Pek SIM dijual pada harga RM7, dengan kredit tersedia sebanyak RM4.
Servis Kadar
Teman Happy

  • Kadar Panggilan untuk Teman Happy
  • Kadar SMS untuk Teman Happy
  • Berapa nombor untuk Teman Happy
  • Bagaimana menambah nombor Teman Happy
8 sen / min

(60 saat / blok)
PERCUMA
5 nombor
Taip *128*4# dan hantar

Pertukaran/penambahan nombor Teman Happy™ adalah percuma sehingga 8 kali. Selepas itu, pelanggan akan dicaj RM2 untuk setiap satu nombor
Panggilan suara tempatan

  • Kepada semua rangkaian –bagi panggilan yang di buat dalam negeri Kelantan & Terengganu
  • Kepada semua rangkaian – bagi panggilan di buat di luar negeri Kelantan & Terengganu
15 sen / min

(60 saat / blok)
30 sen / min

(30 saat / blok)
SMS
  • Rangkaian sama
  • Rangkaian lain
1 sen / SMS
6 sen / SMS
MMS
  • Kepada semua rangkaian
25 sen / MMS
Internet 10 sen / 10 kb
Tidak perlu bayar lebih daripada RM3 sehari
Nikmati penggunaan internet PERCUMA sepanjang hari setelah penggunaan harian anda mencapai RM3
Khidmat Pelanggan 0143333800 15 sen / min
Tempoh Sahlaku Tambah Nilai RM 1 = 1 hari
> RM100 = 120 hari
Mudah Alih ke Nombor Tol Percuma (1300) RM0.36/minit
(30 saat / blok)
Mudah Alih ke Nombor Telefon Percuma (1800) RM0.00/minit
(30 saat / blok)
Anda Jawab Happy Bayar

Dapatkan pulangan hebat dengan hanya menjawab panggilan domestik!
1 minit panggilan masuk= 3 sen
Bonus Tambah Nilai Suku Tahun

Tambah nilai minimum sebanyak RM120 dalam masa 3 bulan dan dapatkan pulangan hebat
  • Tambah nilai > RM120, dapatkan tambahan 3% masa bualan
  • Tambah nilai> RM 250, dapatkan tambahan 8% masa bualan
  • Tambah Nilai > RM 500, dapatkan tambahan 12% masa bualan

PERSOALAN DI MINDA

Aku tertanya-tanya apa yang patut aku tanya dan mencari-cari apa yang patut aku cari. Dari blog http://ms.langitilahi.com/bahan/ aku terjumpa sebahagian dari persoalan diri yang sudah aku tahu jawapannya tetapi mungkin hatiku yang berkarat ini hanya memandang ringan pada jawapan yang telah jelas datang dari Tuan kepada diri ini, bahan yang bertajuk:

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ?/ where are we come from? Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t / then we get the answer from surah Al Hajj ayat 5

 يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِن كُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّنَ ٱلۡبَعۡثِ فَإِنَّاخَلَقۡنَـٰكُم مِّن تُرَابٍ۬ ثُمَّ مِن نُّطۡفَةٍ۬ ثُمَّ مِنۡ عَلَقَةٍ۬ ثُمَّ مِن مُّضۡغَةٍ۬ مُّخَلَّقَةٍ۬ وَغَيۡرِ مُخَلَّقَةٍ۬ لِّنُبَيِّنَ لَكُمۡ‌ۚ وَنُقِرُّ فِى ٱلۡأَرۡحَامِ مَا نَشَآءُ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ مُّسَمًّ۬ى ثُمَّ نُخۡرِجُكُمۡ طِفۡلاً۬ ثُمَّ لِتَبۡلُغُوٓاْ أَشُدَّڪُمۡ‌ۖ وَمِنڪُم مَّن يُتَوَفَّىٰ وَمِنڪُم مَّن يُرَدُّ إِلَىٰٓ أَرۡذَلِ ٱلۡعُمُرِ لِڪَيۡلَا يَعۡلَمَ مِنۢ بَعۡدِ عِلۡمٍ۬ شَيۡـًٔ۬ا‌ۚ وَتَرَى ٱلۡأَرۡضَ هَامِدَةً۬ فَإِذَآ أَنزَلۡنَا عَلَيۡهَا ٱلۡمَآءَ ٱهۡتَزَّتۡ وَرَبَتۡ وَأَنۢبَتَتۡ مِن ڪُلِّ زَوۡجِۭ بَهِيجٍ۬ (٥)

Terjemahannya: “ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui “ (Surah Al Hajj ayat 5)

Translation; O mankind! if ye are in doubt concerning the Resurrection, then lo! We have created you from dust, then from a drop of seed, then from a clot, then from a little lump of flesh shapely and shapeless, that We may make (it) clear for you. And We cause what We will to remain in the wombs for an appointed time, and afterward We bring you forth as infants, then (give you growth) that ye attain your full strength. And among you there is he who dieth (young), and among you there is he who is brought back to the most abject time of life, so that, after knowledge, he knoweth naught. And thou (Muhammad) seest the earth barren, but when We send down water thereon, it doth thrill and swell and put forth every lovely kind (of growth). (5)

Persoalan Kedua : Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?./why Allah created us? Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-/then we get the answer from surah Adz Dzariyaat ayat 56

 وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ 

Terjemahannya: “ Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

I created the jinn and humankind only that they might worship Me. (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah: 1. Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran 2. Berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ? Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

وَأَنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ ٱلۡمُنتَہَىٰ (٤٢) وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ (٤٣) وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَمَاتَ وَأَحۡيَا (٤٤)

Terjemahannya: “ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “ (Surah An Najm ayat 42 – 44 ) And that thy Lord, He is the goal; (42) And that He it is who maketh laugh, and maketh weep, (43) And that He it is Who giveth death and giveth life; (44) (Surah An Najm ayat 42 – 44 ) 

MISTERI BUDU TERUNGKAP

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Pantai Timur. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Trg dan Klate ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. > Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. > Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. > Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya,kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. > 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu,vitamin larut air(vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2(riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. > Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun. > Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikrodalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9,39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. > Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan didalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. > Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon! (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. > Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara . Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak.Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat(dietary fiber) yang baik. > Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach. Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. > Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. so minumlah budu mcm minum air mineral…. he he he he > Wallahu a’lam…