Category Archives: Ceramah

Menjadi seorang Muslim yang baik

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan perlu berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap Muslim/Muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

* Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya).

* Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.

* Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi Muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.

* Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w., sirah para sahabat Nabi, bagi Muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.

* Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.

* Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Bolehkah Umat Islam hari ini menjadi mukmin yang baik seperti pada zaman Rasulullah s.a.w.?

Umat Islam hari ini ada potensi untuk menjadi umat yang kuat imannya kepada Allah, menurut Al-Marhum Syeikh Sa’id Hawwa dalam kitabnya “Al-Asas Fi al-Tafsir” juzuk kedua ketika menafsirkan surah ~Ali ‘Imran, ada menukilkan riwayat mafhumnya, bahawa Rasulullah s.a.w. menerusi satu hadisnya pernah bertanya kepada para sahabat dalam satu majlis ilmu: Siapakah agak-agaknya di antara makhluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab: Para Malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya’ (nabi-nabi),. Tidak juga, kerana para Anbiya’ dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf (lembaran-lembaran agama) dan mereka juga adalah golongan yang maksum (terpelihara dari membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang (lahir) selepas kamu (mereka yang hidup tanpa melihat baginda Rasulullah disebabkan kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka.

Dalam satu riwayat hadis yang lain pula riwayat Imam Ahmad, Imam Bukhari, Ibnu Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan, bahawa; beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku (Nabi hanya mengungkapkan sekali sahaja), dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku (baginda mengungkapkan ucapan itu hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Iman yang ada di dalam hati kita itu, akan terus diperbaharui apabila kita berhasrat untuk melakukan reformasi perubahan dalam diri iaitu ingin menjadi hamba Allah yang terbaik dalam pelbagai aspek kehidupan, ia boleh dilakukan dengan perubahan sikap, seterusnya akan sampai kepada satu tahap kemuncaknya iaitu peningkatan, meningkat dalam persoalan iman, kefahaman, cara berfikir, bertindak yang akhirnya melonjaknya diri kita sebagai umat yang mampu menyuruh manusia seluruhnya kepada yang makruf dan mencegah mereka daripada melakukan mungkar seperti membunuh, memfitnah, memberi dan menerima rasuah dan lain-lain, Wallhu ‘Alam.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya. Amin.

Advertisements

Baiki cara solat khas utk perempuan

dari emel yg saya dapat

>Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar
>tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak
>dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti
>kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru
>kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah
>kualitinya.
>
>Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah…umur dah lanjut macam ni
>pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di
>kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat,
>penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri”
>sblm menghadap Yg Esa.
>
>2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat…sewaktu kita
>berdiri tegak sblm lafaz niat :
>
>1. Minit pertama – Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan
>kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak
>utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan
>menyesallah.
>
>2. Minit kedua – Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan
>oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita
>d ijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi
>hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.
>
>Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan
>mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil
>membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah
>bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab
>dan sopan,sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab
>utk menghadap Tuhan.
>
>1) Mengangkat takbir – ada 3 cara mengangkat takbir : i. Dgn meletakkan
>kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga ii. Dgn meletakkan kedua2 jari
>telunjuk di bawah cuping telinga iii. Mengangkat kedua2 tgn sehingga ke
>paras dada (bukan telinga).
>
>Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut
>penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah
>lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
>kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.
>
>2) Qiyyam – cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas
>sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke
>atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn
>kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.
>
>3) Rukuk – peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh
>tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di
>atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
>Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
>
>4) ‘Iktidal – tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman
>hamidah…” dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca “rabbanaa
>lakal hamdu”
>
>5) Sujud – sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yg tertinggi”.
>Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti
>tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah
>sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara
>kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke
>hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7
>iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki
>(setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke
>kiblat.
>
>6) Duduk antara 2 sujud – ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di
>atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
>kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
>
>7) Bangun selepas sujud – duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm
>keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun,
>gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.
>
>8) Tahiyyat – mengangkat telunjuk pada ketika menyebut
>”….illallahh. ..” ( “laa ilaa ha ILLALLAH”) Jari telunjuk itu jangan
>diturunkan sehingga memberi salam.
>
>9) Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh
>sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di
>sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika
>bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180
>darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
>
>10) Berdoa sesudah solat – seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan
>punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm
>keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi
>dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita
>sedang menghadap yg Esa.
>
>Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para
>hadirin bahawa kain yg digunakan ukt solat juga perlu menepati ciri2 yg
>tertentu. Antaranya:
>
>1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya
>kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna
>kulit,maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg
>tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
>
>Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan
>sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm
>telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati
>dari luar telekung.
>
>2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat,
>sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
>Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi
>menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi
>pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud,
>kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat
>kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg
>tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan)
>ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.
>
>3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang. Ada yg berlubang2
>sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut
>pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
>terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah
>kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.
>
>Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat
>yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
>Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini
>memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam
>utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa
>panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba
>seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari
>segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat,
>inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.
>Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar
>susah sekarang, jgn susah di alam baqa’.
>
>Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap,
>harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk
>itu dari saya.
>
>Wassalamu.
>
>** Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah
>pesanku biarpun satu ayat.. **

KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan,lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.”
Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air dilombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayusuka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

JAGA DIRI, JAGA IMAN, JAGA AMAL, JAGA SOLAT…

AL KISAH UNTUK TATAPAN IBUBAPA …

AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM

ini adalah dari emel yang saya terima, saya disini bukan bermaksud tuan punya blog tetapi org lain ok. betul atau pun tidak Wallahua’lam…apa pun kita patut berjaga-jaga.  

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu “Murtad” dan “Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan”.

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yanglain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan” sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai “Perangkap” yang digunakan oleh pihak Kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.
MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan
anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah “Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”, “Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”, “Saya tertarik dengan tingkah laku awak”. “Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi” Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka Kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun Tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.
Setelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada Perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk Memulakan “langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA
Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggung jawab diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama” Seterusnya kata sijejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara.

Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai
balasan dosa.

Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana
mempunyai
anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu,
lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya
rasa,
saya tidak sanggup menghadapinya”
Kata sijejaka lagi “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya
perlu
untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.
Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan
dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.

Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan
Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap
awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita
pasti
tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat
anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar Anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis Melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta
tanda tangan umat Melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula.
Alasan demi alasan diterima………hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa. Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka,
marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
“Doa adalah senjata para mukmin”. Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa.Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin……Ya Rabbil A’lamin.