Kisah Pramugari Koma di Tanah Suci

Kisah dibawah adalah kisah yang wanhayati dapat dari forward email pada Jan 2006.   Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar.

Untuk renungan bersama ……

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga. Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. “Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. “Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya…kita bawa dia ke hospital,” kata saya. Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut, “Kenapa kakak menangis?” “Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.” “Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, “Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan. “Habis yang kakak pergi haji ini?” “Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.” “Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa akit?” tanya saya lagi. Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, “Mazlan…Allah itu maha besar, maha agung, maha kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini. “Betul ke kak?” tanya saya, terkejut. “Betul mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.” “Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini…putus, jatuh ke dalam api neraka. buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik.” tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita. Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, “Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.iekah untuk mengerjakan ibada Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak diceritakan.” sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. “Mazlan…kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. “Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini.” Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. “Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.” Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung dan maha berkuasa. kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. “Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat…kakak taubat nasuha,” katanya sambil menangis-nangis. Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke bilik- nya semula selepas sembahyang subuh. “Kakak…yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke…” tegur saya. “Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar.” menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya. “Tak boleh Mazlan. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat.” Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, “Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakakini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.” “Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam.” Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha? Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa “Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…” itu dah terlambat.

Advertisements

Turunnya Nabi Isa

Image
Ini adalah merupakan suasana sebelah dalam masjid Umawi yang berada di Dimasyq, Syria ketika masih belum berlaku kebangkitan rakyat Syria.Menurut hadis, di masjid inilah Nabi Isa akan turun untuk memerangi Dajjal ketika akhir zaman.

Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم :

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Dimasyq dengan mengenakan dua helai pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran. Kedua telapak tangannya diletakkan di sayap dua Malaikat. Bila ia menundukkan kepala, maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti akan meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu nabi Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal tersebut. Kemudian nabi Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang darjat mereka di Syurga..”

(Sumber hadis : Sahih Muslim, Kitab al-Fitan wa Asyrathis Sa ‘ah, Bab Zikr ad-Dajjal 18: 67-68)

Ibnu Katsir menyebut, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya nabi Isa, iaitu di menara putih bahagian timur Dimasyq. Dan dalam beberapa kitab yang kami baca, nabi Isa turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Dimasyq, dan ini merupakan pendapat yang lebih terpelihara.

Kerana di Dimasyq, tidak dikenali menara di bahagian timur selain daripada di sebelah Masjid Jami’ Umawi, Dimasyq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana beliau turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada beliau, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.”

Kemudian beliau menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, kerana iqamat tadi dilaungkan untuk kalian.”

Nota : Kami juga menjumpai hadis dan perbahasan ulama’ berkenaan nabi Isa akan turun di Masjid Umawi dalam keadaan kota Dimasyq ketika itu huru-hara seolah-olah sedang berlaku satu peperangan. Kami akan kongsikannya selepas daripada ini. Wallahua’lam.

Ihsan FACEBOOK: Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria.

So Cute To Eat

 

Nisfu Sya’ban

nisfu Sya’ban bermula pada petang 14 Sya’ban. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan malam nisfu

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb.” ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
( Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak).

2.Pada malamnya didirikan qiamulail  & esok harinya , 15 Sya’ban disunatkan kita berpuasa.

Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya.”   ~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya’ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.

Tukang Gunting

Seorang laki-laki bernama Bador datang ke sebuah salon untuk memotong rambut dan janggutnya. Ia pun memulai sedikit perbualan yang hangat dengan tukang cukur yang hingga akhirnya Tuhan jadi subjek perbualan. Hai Tuan, saya ini tidak percaya kalau Tuhan itu ada seperti yang anda katakan tadi,” ujar si tukang cukur. Mendengar ungkapan itu, Bador terkejut dan bertanya, “Mengapa anda berkata demikian?”. “Mudah saja, cuba anda menjengo! k ke luar jendela itu dan sedarlah bahwa Tuhan itu memang tidak ada. Tolong jelaskan pada saya, jika Tuhan itu ada, mengapa banyak orang yang sakit? Mengapa banyak anak yang terlantar?. Jika Tuhan itu ada, tentu tidak ada sakit dan penderitaan.Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi…” ungkapnya dengan nada yang tinggi.

Bador pun berpikir tentang apa yang baru saja dikatakan sang tukang cukur. Namun, ia sama sekali tidak memberi respon agar argumen tersebut tidak Lebih meluas lagi.

Ketika sang tukang cukur selesai melakukan pekerjaannya, Bador pun berjalan keluar dari salon. Baru beberapa langkah, ia bertembung dengan seorang laki-laki berambut p! anjang dan janggutnya pun lebat. Sepertinya ia sudah lama tidak pergi ke tukang cukur dan itu membuatkan nya terlihat tidak kemas.

Bador kembali masuk ke dalam salon dan kemudian berkata pada sang tukang cukur, “Tukang cukur itu tidak ada!”… Sang tukang cukur pun terkejut dengan perkataan Bador tersebut. “Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang cukur,” sanggahnya sang tukang cukur. Bador kembali berkata tegas, “Tidak, mereka tidak ada. Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti contohnya lelaki di luar itu”.”Ah, anda merepek saja…Tukang cukur itu selalu ada di mana-mana. Yang terjadi pada lelaki itu adalah bahwa dia tidak mau datang ke salon saya untuk dicukur,” jawabnya tenang sambil tersenyum. Tepat!” tegas Bador. “Itulah contoh nya. Tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mau datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini….”
Kalau anda menyukai kisah ini, kongsi kisah ini dengan orang lain. Kalau anda juga berpikir sama seperti sang tukang cukur, abaikan saja kisah ini.

Isteri Meleteri Suami

Kisah di bawah merupakan antara email yang sahabat-sahabat wanhayati forward pada wanhayati. hmmm..memang  dah lama tarikhnya 3 Jun 2006. Semoga Allah memberi kredit penuh untuk mereka yang forward kisah ni pada wanhayati dan juga untuk si pengarang kisah di bawah.

“Bang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca surat khabar, menghadap televisyen (TV), itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.

“Sekurang-kurangnya, buatlah air kopi sendiri. Bukannya susah pun,  tukarkan lampin anak ke, ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti, pot, pet, pot, pet…,” leter Intan kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.
………………………………………………………………………………………………………….

Kalaulah Intan tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri, sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya, dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini, boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain, tidak menghormati suami, bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja agaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan apabila ada di kalangan isteri yang  menyifatkan, menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman. Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak, yang mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain,nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya.” Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. mikraj ke langit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: “Aku masuk ke rumah nabi beserta Fatimah, aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan. Aku bertanya,“hai Rasulullah, apa yang membuat anda menangis?” Baginda menjawab, “hai Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umatku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.”

Mengherdik – Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya, sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah
menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya. Ada isteri yang tergamak bercakap  kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TN rata 29 inci yang menjadi trend semasa.  Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami
dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan  Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya.” Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit  mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Islam juga mengajar isteri agar melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengasuh anak-anak, melayani kehendak suami dan sebagainya dengan penuh rela dan tabah hati. Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja, namun, percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada  suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s.a.w. danmeminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu tidak menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya. Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: “Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan kuberikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi?”

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat, malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya, walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi isteri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekali gus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja. si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, jadi sudi apalah kiranya sang suami bersama-sama meringankan si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s.a.w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka. Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang ertinya: “Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku.”

Mencari Cinta Hakiki

Semalam wanhayati telah hadir ke ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Mizan Mohd Nor yang bertajuk Mencari Cinta Hakiki. Menarik sungguh ceramah yang disampaikan oleh ustaz…dengan kelakarnya, dengan nasihat yang penuh berhematnya, dengan bacaan ayat suci al-Quran (bacaan ustaz sungguh merdu sehingga menusuk kalbu lagi sedap dari nyanyian-nyanyian lagu kat radio/mp3, wanhayati ada rekod sikit kalau boleh download kat sini bagus juga ya) dan juga huraian-huraian ayat-ayat al-Quran yang membuatkan wanhayati tersentuh hati dan sedar akan kealpaan dan kebodohan diri (memang tak malu dah nak mengaku yang diri ini bodoh dan alpa sebab dah banyak benda yang kita rugi dalam hidup disebabkan kita lalai, leka dan tertipu).

Contoh perkara yang paling mudah yang membuatkan wanhayati rasa diri ini rugi dan bodoh ialah tentang doa. Ok…sambung balik situsasi masa kat dewan…

Ustaz cakap, “sebelum kita mulakan majlis ini marilah kita sama-sama membaca doa, tapi sebelum tu ustaz nak pesan apa yang Sheikh ustaz pesan. sheikh ustaz cakap bila kita berdoa kita kena bersungguh dan yakin ini kerana kalau kita boleh nampak doa-doa kita itu diangkat ke langit kita pasti akan sentiasa berdoa dengan penuh keikhlasan”. Untuk buka majlis kitakan biasanya baca alfatihah, jadi ustaz berpesan” ikhlaskan hati dan percaya ayat yang kita nak baca itu adalah ayat Allah, kalam Allah dimana bergegar langit, sewaktu ayat-ayat Allah diturunkan, tertunduk unta dan berpeluh baginda Rasulullah S.A.W ketika menerima ayat-ayat Allah dari malaikat Jibril.” itulahkan….wanhayati rasa bodoh sangat kerana setiap kali majlis dibuka kita semua baca fatihah tu sekadar ambil syarat je, tidak hormat langsung sewaktu membaca ayat Allah alFatihah. selepas itu ustaz pun membuka majlis dengan alunan ayat Allah alfatihah (hm… merdunya…rasa-rasa time tu juga nak gi depan cakap dengan ustaz, ustaz saya nak belajar baca quran macam ustaz, time tu juga rasa bodohnya aku waktu baca Quran tak pernah nak baca elok-elok).

Pesan ustaz yang kedua adalah dari hadis Nabi S.A.W yang bermaksud (lebih kurang ya maksudnya nanti tolong cek, kalau ada masa boleh betulkan pada komen), “sesiapa yang berusaha mencari satu jalan dari jalan-jalan Allah, Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga”. maksudnya kita semua kenalah sentiasa mencari ilmu-ilmu agama yang dapat mendekatkan diri kita pada Allah. ini kerana ilmulah yang menggerakkan hati  dan hati adalah raja dan ketua bagi anggota badan.

Pesan ustaz yang ketiga “manusia adalah khalifah Allah, makmurkan alam ini. semua makhluk akan diadili termasuklah haiwan. di padang mahsyar Allah akan hidupkan semula. bagi kes haiwan dengan manusia Allah akan adili hatta haiwan dengan haiwan pun Allah adili…cuma selepas diadili haiwan ini akan di jadikan semula kepada tanah (kuntum turaaba=kembalilah kamu kepada tanah). sehinggakan pada ketika itu manusia-manusia yang rugi pin meminta kepada Allah, jadikanlah kamu kepada tanah tapi tidak kerana tempat manusia samada di SYURGA atau NERAKA.

pesan ustaz yang keempat jangan berpura-pura dalam agama dan ibadah kerana Allah itu Maha Mengetahui, kelak walaupun kita mengaku yang kita beriman tapi Allah lebih mengetahuinya. dari hadis Nabi SAW yang berksud “Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasih Allah dan RasulNya melebihi dari segalanya”.

Pesan Sheikh kepada ustaz “Carilah dua jenis ilmu iaitu yang pertama, ilmu yang dapat memajukan kamu di dunia dan yang kedua ilmu yang dapat menghidupkan roh kamu dalam mencintai Allah.

sentiasalah bermuhasabah diri kerana ianya amalan salafussoleh (orang-orang soleh).

sentisalah bersungguh dalam ketaatan kerana roh solat dan roh ilmu hanya diperolehi bagi mereka yang bersungguh.

Ustaz berkongsi maksud surah al-Baqarah ayat 1 – 5

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Alif, Laam, Miim.

2. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

3. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

4. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).

5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

 

cuba semak diri kita ada tak ciri-ciri orang yang bertaqwa yang Allah terangkan dalam surah ak-Baqa

 

pesan ustaz lagi; Allah itu baik, Allah akan sentiasa mengampuni hamba-hambaNya ustaz menerangkan dari ayat Allah yang menunjukkan Allah itu baik (wanhayati tidak tahu surah mana kerana ustaz tak bagi tahu…dan maksud disini tidaklah setepat maksud sebenar) iaitu “nun di sana ada hamba;hambaKu yang berdosa, menzalimi dirinya sendiri. tiba-tiba sampai suatu masa dia ingat Allah dan ingin betaubat”. Bagi mereka yang ingin bertaubat Allah berkata ” siapakah yang akan mengampuni kamu melainkan Aku”.

Banyak lagi yang ustaz share…tapi rasanya itu sahaja yang wanhayati mampu share sekarang.  kalau ada salah silap di sini minta maaf dan untuk ayat-ayat Allah dan hadis Nabi kalau sesiapa tahu sumbernya silalah kongsi kat komen ya. terima kasih.

Lama betul wanhayati x godek blog wanhayati

Bismillahhirrahmanirrahiim..

Itulah Allah memilih nama ar-Rahman dan ar-Rahiim untuk dibaca oleh hambaNya apabila nak memulakan sesuatu. jadi wanhayati pun mestilah nak juga segala kelebihan di dunia dan di akhirat yang Allah offer bagi hamba-hambaNya yang memulakan setiap kerjanya dengan Bismillah…maka dengan sebab itu wanhayati mulakan penulisan disini kali ini dengan Bismillahhirrahmanirrahiim.

Oklah bukan nak tulis banyak pun sebab takde apa nak tulis…cuma saja-saja je nak buat comeback. nak maklum kat sape-sape yang terbaca blog ini yang tuan badan blog ini masih hidup…Alhamdulillah. Ya allah, berkatilah usia aku yang Engkau masih panjangkan ini dengan perkara-perkara berfaedah.

CAMPAIGN: VOICE MAIL DEACTIVATION


Unnecessary recorded voice mail is totally a waste on resource, money, time and the most important thing is I reluctant to be charged by the telecommunication companies for just no purpose but just listening to “your call has been forwarded, bla…bla…bla Even that Some people still asking me, WHY WE HAVE TO DEACTIVATE OUR VOICEMAIL? To answer that question I leave u with three scenarios.

1st Scenario

PSMZA have about 5000 student, and this 5000 students want to call Mr. AX who use Telco ABC who provided Voicemail automatically to Mr. AX since he subscribed his mobile line. One day all this 5000 students want to call Mr. AX. All of them couldn’t reach Mr AX so they definitely will reach the voicemail. This company has charged for one voicemail RM0.15. Can u believe that in one day just for one person (Mr AX) they could make RM 0.15 x 5000 students = RM 750. That only for one day what about 7 days, RM 0.15 x 5000 students x 7 days = RM5250. Don’t u think this money is so much better if we could donate to Tsunami victims, poor people or orphan house.

2nd Scenario

Average I will make a call at least to ten person every day. Out of ten only 5 person answer my call but the rest will reach voicemail box. That meant every day I will lose my money about RM 0.15 x 5 = RM 0.75. Just imagine it happened for a year. So in one year I will lose about RM 0.75 x 365 days = RM 273.75. Badly it already happened for 5 years so I already lost RM 273.75 x 5 years = RM 1368.75. I think that money is so much better if it go to my saving account.

3rd Scenario

I got really irritated this morning trying to call Maya on the mobile. I keep getting to the voicemail which comes with instruction on how to leave a voicemail?! Who needs an instruction on how to leave a voicemail? I don’t need to leave a voicemail; I just want to speak to my friend! Can you (the voice from the voicemail) get me thru my friend! Urgh! I got really irritated with the Telco, that’s the reason why I already deactivated my voicemail service.
Here’s a kind message to everyone out there. Please kindly DEACTIVATE your voicemail if you don’t need it. Seriously, you can help your friends and family save a lot of money. Oh, just in case you don’t know, YOU GET CHARGED EVERYTIME YOU GET TO A VOICEMAIL! Even for a quick “Hello, welcome to bla bla…” You still get charged!!}
”Well, I’m now to tell you the way how to disable your voicemail, so you will not cause other people to waste unnecessary $$$. However, if you think Voice Mail is really useful to you, then you should remain it. I hope the info helps you to reduce unnecessary bla…bla…bla….”

Steps to deactivate your voicemail based on your TELCO;

Digi
Active – Call 016-2211800. Deactivate – *128#, select mobile
service, voice mail and deactivate.
(After that please Activate your Miss call alert back)
MCA Activate – *128# select mobile service, voicemail and miss call alert only.

Celcom
you (number owner) have to dial 1111or 03-3630 8888 and talk to customer service and ask them to deactivate your voicemail ONLY. Please remind them to keep your Miss Call Alert (MCA). Before they deactivate the voicemail they will ask your particular like Name, I.C. Number, Address, Your mother name.

Happy
Deactivate –*128*2*4*4# this step will also cancel miss call alert (MCA) ,
Activate MCA dial *128*2*4*3*1#

Maxis
I am not sure but maybe u can try this step or just call maxis operator. Activate – *#109#
Deactivate – ##109#

Buah Zaitun / Olive (Olea Europea)

This slideshow requires JavaScript.


Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Ia biasanya boleh didapati di negara-negara Timur Tengah seperti syiria, palestin, Mesir, Mekah , Medinah, Mediterranean, Sepanyol, Turki, Itali, tunisia dan Morocco. Di dalam Al-Qur’an terdapat sebuah surat dinamakan At Tiin yang diambil dari kata At Tiin yang terdapat pada ayat pertama surat ini yang artinya buah Tin. Selain buah Tin, juga terdapat buah zaitun, yang menurut sebagian ahli tafsir bahwa yang dimaksud dengan Tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh, yaitu Damaskus ibu kota negara Syiria yang banyak pohon Tin; dan Zaitun ialah Baitul Maqdis yang banyak tumbuhnya pokok Zaitun.
Mengenai buah zaitun, Allah SWT telah menyebutnya di dalam al-Quran sebanyak tujuh kali iaitu dua kali disebut secara sendirian dan lima kali telah di sebut bersama dengan buah-buahan yang lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Diantara Firman Allah di dalam al-Quran menegenai buah zaitun yang bermaksud
“Demi buah tiin dan zaitun. Demi gunung sinai dan negeri Mekah yang dijadikan aman…” (at-Tiin : 1 – 2)

“Dan pohon yang (tumbuh) keluar dari Tursina, yang (pohon zaitun) itu menghasilkan minyak dan menjadi kuat bagi orang-orang yang makan.” (Al Mukmin : 20)

Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun dimana bukan setakat ianya mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan tetapi ia juga merupakan pohon yang diberkati berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nuur ayat 35.
“Dinyalakan (dengan minyak) dari sebuah pohon yang diberkahi, (yaitu) zaitun yang tidak tumbuh di sebelah timurnya dan tidak pula disebelah baratnya, hampir-hampir minyaknya saja menerangi walaupun tidak disentuh api.” ( An-Nuur : 35 )

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud;
“Hendaklah kalian menggunakan minyak zaitun sebagai lauk dan buatlah ia sebagai minyak oles, karena ia (minyak zaitun) berasal dari pohon yang diberkahi.”
(HR Abu Daud).

Cerita tentang Pokok Zaitun

Zaitun mulai berbuah saat berumur lima tahun dan usianya dapat mencapai ribuan tahun, sehingga yang tadinya perdu telah menjadi pohon besar. Pohon zaitun yang berumur ribuan tahun di antaranya pernah ditemukan di Palestina yang bertahan hidup hingga 2000 tahun. Menurut pengamal hadith, setelah banjir besar di zaman Nabi Nuh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Ia juga dikatakan bahwa pohon zaitun merupakan pohon sebangsa kaya yang berumur panjang untuk masa yang lebih dari seratus tahun. Ia menghasilkan buah secara terus-menerus tanpa harus memerlukan penjagaan, sebagaimana ia akan selalu nampak hijau dan indah bila dipandang. Selain ianya juga apabila dibakar mampu mengeluarkan cahaya yang terang tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

Khasiat dari buah Zaitun

Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz. Melalui kajian- kajian sains semasa mendapati Dari kajian-kajian sains yang dijalankan mendapati, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut.
Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah dalam At Thibb An- Nabawiyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan.

Berbagai penelitian ilmiah menyatakan bahwa buah zaitu tergolong zat makanan yang bagus. Dari buahnya dapat dikeluarkan minyak zaitun yang sangat bermanfaat bagi sistem pencernaan dan sistem peredaran darah (jantung).

Berikut merupakan antarasudut kajian sains yang telah mengakui khasiat minyak zaitun untuk pengubatan:
1. DR Scoot Grandy dari Universitas Texas dan DR Satsoon dari Universitas California, keduanya mengadakan penelitian tentang menurunnya jumlah penderita penyakit liver pada sebuah daerah yang masyarakatnya menjadikan minyak zaitun sebagai campuran makanan.
2. Tanggal 21 April 1997 diselenggarakan pertemuan ilmiah di Roma yang dihadiri pakar medis, mereka mengupas dan mengeluarkan keputusan penting tentang minyak zaitun, dalam siaran persnya mereka menegaskan bahwa minyak zaitun dapat melindungi serangan penyakit arteriole (saluran darah kecil di hepar/liver dan menghambat naiknya kolesterol darah), tekanan darah dan diabetes sebagaimana ia melindungi dari serangan sebagian penyakit kanser.
3. Minyak zaitun dapat menurunkan tingkat kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL, tanpa menimbulkan dampak negatif terhadap kolesterol yang bermanfaat, sehingga organ hati dan jantung akan terjaga serta rusaknya urat dalam tubuh.
4. Prof. Asman dari Universitas Monster, Jerman, menunjukkan bahwa kebiasaan menggunakan minyak zaitun memberikan peluang cukup besar untuk dapat melindungi diri dari sejumlah serangan kanser, seperti kanser usus besar, rahim dan indung telur.
5. Archieves of Internal Medicine, edisi Agustus 1998 menegaskan bahwa kebiasaan mengambil sesudu makan minyak zaitun setiap hari, memungkinkan untuk dapat mengurangi terkena kanser payudara hingga 45%.
6. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang terdapat didalamnya.
7. Dan masih banyak penelitian kedoktoran moden lainnya yang secara ilmiah terbukti mampu mencegah dan mengobati pelbagai jenis penyakit.
Rahsia dan Manfaat Minyak Zaitun
Ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit.
• merendahkan kadar kolesterol berbahaya
• memelihara kesihatan
• mengawal tekanan darah tinggi
• mencegah dan mengawal serangan pelbagai jenis kanser
• mengurangi peradangan sendi
• membunuh kutu kepala

Rujukan
http://majlisdzikrullahpekojan.org/sains-islam/rahasia-dan-manfaat-buah-zaitun.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Olive_tree