Blog Archives

MADU


Firman Allah tentang madu;
Dalam surah an-Nahlu ayat 69 Allah SWT telah berfirman yang bermaksud;
“Kemudian makanlah daripada segala jenis bungaan dan buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhan mu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepada mu. Dengan itu keluarlah daripada badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya, pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah SWT ) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(Surah an-Nahlu: 69)

Hadis Nabi tentang Madu;
Nabi juga pernah bersabda mengenai madu yang bermaksud;
“Atas kamu dua penawar, iatu madu dan al-Quran.” (Ibnu Majah dan Hakim)

Daripada Abu Hurairah, kata beliau Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Cerita tentang madu;
Daripada hadis Abi Mutawakkil yang diriwayatkan oleh Abi Said al-khudriyyi tentang kisah seorang lelaki yang mengadu bahawa isterinya mengalami sakit perut. Lalu Rasulullah SAW menyuruhnya meminum madu. Kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah SAW untuk kali kedua dan seterusnya sambil memberitahu kepada Rasulullah SAW bahawa perut isterinya masih sakit walaupun telah diberi minum madu. Lalu Rasulullah SAW menjawab, maksudnya:
“Benarlah Allah SWT dan bohonglah perut saudara engkau.”
(Ahmad, tarmizi, Muslim dan Bukhari)

“Benarlah Allah SWT” dalam hadis ini yang merujuk kebenaran firman Allah dalam surah an-Nahlu ayat 69 yang menyebut bahawa madu merupakan penawar segala penyakit. Manakala bohong atau kesilapan pada perut saudara engkau merujuk perut saudara perut isterinya sendiri yang bermasalah / dipenuhi oleh benda yang merosakkan.

Nutrien dalam madu;
Madu mengandungi pelbagai zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti vitamin A, B1, B2, B3, C, D, E dan K, gula-gula ringkas seperti glukosa, fruktosa dan sakarin dan juga bahan-bahan mineral seperti kalsium, natrium, kalium, fosforus, magnesium , klorin, sulfur, zat besi, karbon, iodin, kuprum, mangan dan silika. Selainitu ia juga mempunyaienzim-enzim dan pewarna kuning semulajadi yang dikenali juga sebagai beta karotena.

Khasiat madu;
Al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al-Asyrof ada menybut bahawa “sesungguhnya madu apabila seseorang penggemar meminumnya, madu akan mengawal ma’idah (perut) serta madu akan membuang penyakit, manambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.”
1. Madu sebagai pemangkin kesihatan dan agen penyembuhan yang berkesan.
2. Mencerdaskan minda.
3. Mengandungi Antioksidan dan bahan antibakterial.

Kenali Super Foods dalam al-Quuran


Buku Kenali Super Foods dalam al-Quuran telah ditulis oleh Normadiah Daud. Di dalam buku ini beliau telah mengupas 15 jenis makanan yang telah di sebut dalam al-Quran.
berikut merupakan makanan-makanan yang telah dikupas:

1. Kurma / tamar / phoenix dactyloferal
2. Madu
3. Bawang Putih
4. Buah Zaitun
5. Buah Delima
6. Halia
7. Timun
8. bawang Merah
9. Buah Tiin
10. Anggur
11. Susu Haiwan
12. Susu Ibu
13. Ikan
14. Daging
15. Air
Buku ini aku telah beli dengan harga RM 20.00 dari Pustaka Sri Intan Dungun pada 2011 (tarikh betulnya aku lupa)