Category Archives: Bulan Islam

Nisfu Sya’ban

nisfu Sya’ban bermula pada petang 14 Sya’ban. Berikut merupakan kelebihan-kelebihan malam nisfu

1. Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata: “Sesungguhnya Allah عز وجل menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb.” ~ Riwayat Imam Ahmad رحمه الله.
( Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak).

2.Pada malamnya didirikan qiamulail  & esok harinya , 15 Sya’ban disunatkan kita berpuasa.

Sayyidina Ali كرم الله وجهه berkata bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya.”   ~ Riwayat Imam Ibn Majah رحمه الله.

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya’ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.